Sesuatu yang unik di Sekolah Bintang, nam rumah adalah mengikut warna. Ada enam rumah di sini iaitu Merah, Kuning, Hijau, Putih, Hitam dan Biru. Dan untuk pertandingan antara rumah tahun ini tiga piala dipertandingkan iaitu Piala Pengetua, Piala Presiden dan Piala Agong.
Untuk Piala Pengetua, pemarkahan adalah berdasarkan pertandingan sukan dan koko akademik antara rumah seperti bola sepak, bola tampar, ragbi, hoki, bahas, debat, pidato, sepak takraw, kriket, ping pong dan banyak lagi. Manakala piala Presiden pula merupakan pertandingan yang melibatkan sahsiah, kebersihan dan keceriaan asrama, akademik pelajar serta kepimpinan. Manakala dalam pertandingan Piala Agong, markah bagi ke dua-dua piala akan dicampur untuk mendapatkan piala Agong.
Dan sesuatu yang menarik, Rumah Merah telah mensasarkan untuk mendapatkan ke tiga-tiga piala pada tahun ini. Pelbagai strategi telah diatur dan dibuat untuk memastikan ketiga-tiga piala dapat diraih. Dan Alhamdulillah, pada tahun 2011, visi dan misi Rumah Merah telahpun berjaya. Dan sesuatu yang sangat mengembirakan apabila kami telah membolot ke tiga-tiga piala yang telah dipertandingkan.
Kelihatan 'house captain' sedang menerima piala dari tetamu kehormat. |
Inilah tiga piala yang telah dimenangi dalam Majlis Anugerah kokurikulum. Hidup Red Rouser ! |
barisan form 4 serta form 5 |
Sebenarnya pada tahun ini merupakan kali ke tiga berturut-turut Piala Agong menjadi milik Rumah Merah. Semoga barisan AJK baru tahun 2012, mampu mengekalkan kejuaraan yang diraih.
No comments:
Post a Comment