10 Wasiat Imam Hassan al-Banna
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
- Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.
- Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan
orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian
ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.
- Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.
- Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
- Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.
- Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.
- Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.
- Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.
- Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia
tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan
saling kenal mengenal.
- Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu
bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai
urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.
No comments:
Post a Comment