Friday, May 29, 2009

Surau dah cantik!

Gunting sana gunting sini
lekat sana lekat sini..

Kertas warna yang dibeli digunakan dengan sebaik-baiknya.

Proses untuk menambah keceriaan surau STAR Al-Hamdaniyah telah barjaya dilaksanakan pada 27 Mei 2009, Rabu malam Khamis, selepas solat Isyak sehingga tamat kelas persediaan malam.

Saudara Luqmanul Hakim dan Naqib bertungkus-lumus untuk memperindah lagi papan kenyataan di bahagian saf pelajar tingkatan 1. Papan Kenyataan ini dibahagikan kepada beberapa kategori bagi memudahkan pelajar untuk membezakan antara artikel dengan artikel.. Tindakan ini juga dibantu oleh beberapa pelajar yang kreatif seperti 'Mannan and the Gang'. Setelah mereka berpenat lelah melaksanakan tugasan ini, wajarlah kita semua berterima kasih kepada mereka semua atas
segala titik peluh dan keringat mereka untuk memperindah sudut ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka semua yang terlibat. Moga-moga Allah akan sentiasa memberkati kehidupan mereka di dunia dan di akhirat. Amin.


Manakala di bahagian karpet biru pula, telah diinovasikan oleh Badan Pelajar Islam untuk mewujudkan sebuah sudut membaca, betul-betul di belakang pejabat kami. Buku-buku yang disediakan pula ada yang kami sendiri membelinya, ada yang disedekahkan oleh beberapa pelajar yang tidak mahu disebutkan nama mereka (alhamdulillah, sedekah secara rahsia.. Moga-moga Allah akan sentiasa merahmati dan memberkati mereka selama mana buku-buku mereka dibaca oleh pelajar-pelajar STAR, insya Allah..) Namun, perlu diingatkan kepada pelajar-pelajar STAR, janganlah merosakkan harta awam ini dan jagalah sudut ini sebaik-baiknya.. Sudut ini betul-betul mencantikkan surau kita.


" Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan"

Tinta Admin

Alhamdulillah..
Lahir juga blog untuk Badan Pelajar Islam STAR
Blog ini bertujuan untuk mempamerkan atau menonjolkan diari kehidupan kami sepanjang di STAR..

InsyaAllah, kita berjuang demi Islam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...