Tuesday, December 21, 2010

Siapa Boleh, Bagitau Saya!!!!!

Assalamualaikum

Anda nak buat maksiat???
Anda boleh!!! Ya!!!
Saya yakin anda boleh buat maksiat kalau anda boleh penuhi walaupun satu daripada lima syarat dibawah...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Haha.... 
Anda boleh ke???
Renung-renungkanlah ye.. 


Dari Abu Ayyub al-Ansori r.a, dari rasulullah s.a.w sabdanya:”Seandainya kamu sekelian tidak mepunyai dosa sedikit jua pun yang patut diampuni Allah, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang penuh dosa untuk diberikan-Nya ampunan bagi mereka.”


Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”


Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadnya seratus kali setiap hari.”

Monday, December 20, 2010

Kembali Aktif ?

Assalamualaikum

Kembali aktif???
Haaa...... Itulah persoalannya. Dah terlalu lama rasanya kami tidak mengupdate blog ini. Setelah saudara Aiman Amri (fivers 2009) meninggalkan STAR nampaknya dah x de orang nak menaip kat blog ni. Minta maaflah kepada semua kerana tidak mengaktifkan diri kami di blog ini. Kalau dah lama x update mestilah ada banyak benda nak taip kan? Mana taknya, nak dekat setahun tak post apa2.. 2010 pun dah nak habis. Sekejap je kan? Sepanjang tahun ni ada banyak perubahan yang berlaku. Antaranya, nama BPI (badan pelajar islam) dah ditukar kepada BADAR (badan dakwah dan rohani), moto ditukar kepada 'aslih nafsaka wad'u ghairak' (perbaiki dirimu dan serulah yang lain) malah logo juga dah lain. Pelbagai aktiviti juga telah dijalankan seperti Khemah Ibadah untuk pelajar tingkatan 1, Piala Muhibah yang telah dimenangi oleh Rumah Biru dan program2 seperti Semarak Ramadhan. Kalau anda perasan, dah ada banyak perubahan kat blog ni.. x de la kosong je kan?

Logo baru BADAR


Khemah Ibadah

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli2 BADAR tingkatan 5 2010 kerana telah memimpin kami dan banyak memberi tunjuk ajar kepada pelapis2 BADAR. Terima kasih:
  1. Muhammad Amirul Alimin bin Razali
  2. Umar Hakim bin Mohd hasri
  3. Muhammad Fikri Akmal bin Suhaimi
  4. Ahmad Azlan bin Ahmad Amin
  5. Muhammad Hanif bin Abdul Halim
  6. Mohammad Nasruddin bin Ab Rahman
  7. Muhammad Haikal Azhar bin Mohd Aziz
  8. Muhammad Faizs bin Omar
  9. Muhammad Habibullah bin Saharom
  10. Muhammad Azri bin Kamaruddin
Oh ya...
kami juga ada di facebook, add kami dan kemudian like page kami...
Tekan saja di ruangan 'Cuba Tekan '.
Jangan lupa untuk menilai tahap ke'stail'an blog kami. Jujur tau..

Baiklah sampai situ saja nampaknya buat masa ni...

"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: ayat 10)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...