Tuesday, January 31, 2012

SEKSAAN NERAKA

assalamualaikum

Wajah ahli neraka kelihatan berduka nestapa. Tangisan dan lolongan mereka tak henti-henti. Setiap masa bergelumang azab. Nak kata hidup pun tidak, nak kata mati pun tidak.

Saat mereka merintih hiba dek kelaparan yang amat, dalam kesakitan dan kegelisahan, mereka ke sana kemari tanpa haluan mencari sesuatu yang boleh dimakan namun akhirnya tahukah anda maka…apakah yang disogokan kepada mereka?

Mereka diberikan makanan terkeji yang bergelar Zaqqum. Bukan sekadar keji bahkan amat menyakitkan.

Di dalam Al-Quran perkataan Zaqqum telah disebut sebanyak tiga kali. Di dalam surah As Saffat, surah Ad Dukhan dan surah Al Waqi’ah. Perhatikanlah di dalam setiap pengkhabaran mengenai Zaqqum (di dalam surah-surah tersebut) diceritakan bahawa ia dijadikan makanan yang cukup menyiksakan bagi orang-orang kafir yang mendustakan pada Hari Kebangkitan dan juga Hari Pembalasan Amal.

Firman Allah SWT: “(Makanan syurga) itulah hidangan yang lebih baik ataukah pohon Zaqqum? Sesungguhnya kami menjadikan pohon Zaqqum itu sebagai siksaan bagi orang-orang yang zalim. Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka jahim. Mayangnya (buahnya) seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu, maka mereka memenuhi perutnya dengan buah Zaqqum itu. Kemudian sesudah makan buah pohon Zaqqum itu pasti mereka mendapat minuman yang bercampur dengan air yang sangat panas. Kemudian (setelah mereka dibawa minum) sesungguhnya tempat kembali mereka benar-benar ke neraka jahim”. (As Shaffat: 62 – 68 )

Kesakitan yang berganda. Azab di atasnya azab. Tidak cukup dengan azab Zaqqum, minuman ahli neraka juga turut menambah penderitaan. Allahumma Ajirna Minan Nar!

Firman Allah SWT: “(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya.” (Surah Ad Dukhan : 43-46).

Cerita pasal neraka semuanya azab belaka. Semuanya kesakitan dan penderitaan yang tiada penghujungnya. Bila semuanya azab, memakan buahan neraka sahaja sudah cukup mengazab dan menyakitkan. Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu” (Surah Al Waqi’ah : 51-53).

Sebagaimana yang digambarkan bahawa Zaqqum adalah buah dari pepohon berduri. Memakannya tidak menjadikan seseorang gemuk dan tidak pula menghilangkan kelaparan. Jika pohon ini diletakkan didunia, maka akan hancurlah bumi beserta isinya.

Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya setitik dari zaqqum diteteskan di dunia, nescaya akan menghancurkan kehidupan semua penghuninya. Lalu bagaimana dengan keadaan orang yang menjadikan zaqqum sebagai makanannya?” (HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah dalam sunannya, kitab Az-Zuhud, bab Sifat An Nar, 8/4325.)


Penghuni neraka akan selalu lapar, mereka akan selalu tergesa-gesa meluru ke dasar neraka, untuk memakan apapun yang dapat mereka temukan. Di dasar neraka ini mereka akan dipaksa memakan buah dari pohon Zaqqum. Dahsyatnya Zaqqum. Belum pun disentuh, bibir penghuni neraka akan terbakar sehingga nampaklah gigi-gigi mereka.

Tidak sekadar itu. Jika ia dimakan juga, buah tersebut akan membakar wajah beserta organ dalam tubuh mereka manakala duri Zaqqum yang ditelan akan serta merta merobekkan kerongkongan mereka saat ia ditelan. Sebelum buah itu sampai ke dasar perut, ia akan segerakan membakar dan mengeluarkan isi perut.

Andai bumi boleh hancur lebur dek kepanasan setitis sahaja dari buah buah Zaqqum itu, bayangkan bagaimanakah keadaan mulut, bibir, kerongkong, perut dan usus ahli neraka setiap kali ia cuba menjamah buah dari pepohon neraka ini? Allahu Akbar!

Ibnu Abbas rdhma berkata: Ketika Firman Allah SWT turun: “Sesungguhnya (buah) pohon Zaqqum itu, (adalah) makanan bagi orang yang banyak berdosa dosa.” (Surah Ad Dukhan : 43-44), maka Abu Jahal pun berkata: “Kurma dan keju itu kami sebut Zaqqum.” maka Allah pun menurunkan ayat: “Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala.

LAWAK ALAM DUNIA

assalamualaikum

L : Kenapa you pakai seksi sangat ?
P : Biar lah . Kubur masing masing kan .
L : Memang lah . Tapi mana lah tahu kubur you kat sebelah i jer nanti . I nak tidur pun susah . Sebab you bising kena seksa , tepekik sana sini .

Mungkin hanya dianggap lawak, akan tetapi ini adalah lawak yang mempunyai seribu satu maksud yang tersirat. Fikir-fikirkanlah.


4 KATA KUNCI KETENANGAN


assalamualaikum

Kehidupan di dunia ini menjanjikan seribu satu ujian yang mencabar kekuatan diri. Kata bijak pandai, bukanlah masalah itu sudah menjadi mudah, namun anda telah menjadi semakin kuat. Namun, kita ini tetap manusia yang punya hati budi dan perasaan. Setiap kali ujian, kita pasti merasa kegusaran. Seorang ulama Sufi di zaman tabi'in, Imam Hasan al-Basri menunjukkan kita jalan ketenangan dengan berpesan. Empat kata-kata yang merupakan kunci meraih ketenangan ialah:

1. "Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang."

Kata-kata ini membawa kefahaman kepada kita bahawa manusia yang faham benar konsep rezeki pasti tidak akan mengorbankan masa untuk persediaan akhiratnya demi kepentingan duniawinya. Mana mungkin ditinggalkan solatnya walau satu waktu, hanya kerana ribuan ringgit. Mana mungkin diabaikan pahala menjaga ibu yang tua kerana kepentingan lain. Mana mungkin ditinggalkan ibu tuanya yang memakai pampers dengan linangan air mata, semata-mata untuk menjadi si kaya dengan merantau ke bumi lain, sedangkan pendapatannya hari ini sudah lebih daripada cukup.

2. "Aku tahu bahawa tugasku (sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya."

Sahabat-sahabat yang kucinta kerana Allah,

Jika kita ditugaskan untuk solat lima waktu, maka kewajipan itu ke atas diri kita. Tidak diterima solat orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menunaikan solat. Jika kita dibebani dengan kewajipan menutup aurat, maka tidak diterima dari orang lain yang kita bayar untuk menggantikan kita menutup aurat. Jika kita sebagai suami yang membiarkan anak isteri tanpa makanan kerana kelalaian, lalu ada insan yang bersimpati menghulurkan bantuan, kewajipan kita tetap tidak terangkat. Kita adalah pendosa kerana mengabaikan kewajipan yang telah diamanahkan.

3. "Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa."

Allahu Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَلَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ وَنَعۡلَمُ مَا تُوَسۡوِسُ بِهِۦ نَفۡسُهُ ۥ‌ۖ وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنۡ حَبۡلِ ٱلۡوَرِيد

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. 
(Surah Al-Qaf 50:Ayat 16)Sahabat-sahabat yang dikasihi, sekiranya anda menjadi seorang imam solat (waktu mengadap Tuhan) adakah anda sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan? 

Sudah tentu tidak. Tetapi mengapa?

Kerana anda yakin bahawa ada mata yang memandang anda di belakang. Mata para makmum yang berkomunikasi baik dengan lidah mereka sehingga kejelikan akhlak anda cepat tersebar. Jika diikutkan, anda tidak mampu melihat ke belakang, bahkan anda juga tidak tahu apakah makmun tadi benar-benar melihat anda, anda juga tidak tahu adakah makmun tadi masih bersama atau sudah mufaraqah dari anda, tetapi lihatlah, betapa keyakinan anda sudah memadai untuk menjadikan anda imam yang penuh kesopanan.


4. "Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."

Imam al-Suyuti dalam kitabnya Sharh al-Sudur bi Sharh hal al-Mawta wa al-Qubur menukilkan kata sahabat Nabi Abu Darda' R.A tentang ajal kematian:

Peringatan yang memberi kesan dan suatu yang diabaikan yang segera datang, memadailah kematian sebagai pemberi peringatan dan memadailah masa (umur) sebagai pemutus. Hari ini di dalam bilik, esok di dalam kubur.

Monday, January 30, 2012

KUOTA TANDA KIAMAT DAH FULL ?

assalamualaikum


Bekerjalah untuk mencari rezeki seperti ingin hidup seribu tahun lagi akan tetapi tingkatkanlah amalan seperti ajal ingin menjemput diri keesokan hari.

SUNNAH RASULULLAH S.A.W

assalamualaikum

antara sunnah

Buat renungan bersama dan selamat beramal.

Sunday, January 29, 2012

SELAMAT BERTUGAS

assalamualaikum

Sudah hampir genap sebulan ahli jawatankuasa Badan Dakwah dan Rohani Sekolah Tuanku Abdul Rahman ( BADAR STAR ) memegang amanah yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. admin serta seluruh alumni BADAR STAR mengucapkan selamat bertugas dan lakukanlah setiap perkara semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Yang Maha Esa. berikut merupakan senarai AJK bagi sesi 2012.

Tingkatan 5
SAFWAN BIN IZZATI
MOHAMMAD MUSTAQIM BIN MOHAMAD
AZRULASYRAF BIN ABDUL HADI
AISAMUDDIN ZAHID BIN MOHD RAZUKHI
MANNAN BIN KHAIRIL AMIR
ZUHAIRI BIN ZULKIFLI
ZULASREE AMREE BIN MOHD SAB
AHMAD AFIFI BIN KAMARUDDIN
MOHAMMAD LATIF BIN ZAINAL ABIDIN
UTHMAN BIN ABDUL GHANI 

Tingkatan 4
RAHIMI AMIRUL FAIZ BIN REDZUAN
AHMAD AIMAN BIN ASMAYATIM
AHMAD FARHAN BIN SALLEH
AHMAD WALDAN BIN BADLI HISHAM
MUHAMMAD ELHAMME BIN ABDUL KARIM
KHAIRUL HAFIZ BIN KHAIRUL ANNUR
MUHAMMAD AFIF AZRIE BIN IBRAHIM
MUHAMMAD ZULFAQAR BIN AZHAR
MUHAMMAD AMIER AZFAR BIN AZHAR
IMAN HAKIMI BIN ZAMZAM

Tingkatan 3
MUHD RAIHAN BIN AHMAD NOR KAMAR
MUHAMMAD QAMRAN YUSRI BIN MOHD HAFIDZI
MUHAMMAD AZHAN BIN ONN @ NOR AZHARI
AHMAD AL-QURTUBI BIN AL-KARIB SHAH
MUHAMMAD NAQIB BIN SHAHRUM
MEGAT KHALYD AL-WALYD BIN MEGAT ROSDEEN
AIMAN AMIN BIN ZURAIMI
MIOR AMIR IKHWAN BIN AHMAD NIZAM
FARIS BIN IDRIS
MUHAMMAD SYAFIQ BIN JEBAT
MUHAMMAD ARIF KAMAL BIN JAMALUDDIN
MUHAIMIN BIN MOHAMED
AZAM AZFAR BIN SALLEH

Nabi SAW bersabda, “Apabila amanah diberikan kepada BUKAN ahlinya, maka tunggulah KEHANCURAN!”

KASIH IBU

assalamualaikum

Kasih Ibu membawa ke mati.. Itulah yang berlaku kepada si Ibu yang sanggup keluar berjalan kaki jam 12.30 tgh malam semata-mata mahu mencari dua anaknya Mohd Shazurin Farhan Samad, 15, dan Mohd Syazrul Fahmi, 12, yang masih belum pulang selepas keluar bermain futsal di sebuah pusat sukan, pada malam itu. Bagaimanapun, niat si Ibu tidak kesampaian apabila dia terbunuh selepas dipercayai dilanggar 250 meter daripada kediamannya di Jalan Tun Teja, Cheng, Melaka dekat sini, awal pagi semalam. Lebih memilukan... Si Ayah, Samad Saliman, tidak menyedari isterinya keluar rumah kerana ketika itu dia tidur dan hanya tersedar untuk mencari arwah, jam 4 pagi semalam hinggalah bertemu mayat si Ibu dalam keadaan menyayat hati apabila melihatkan kepala si Ibu pecah dan cebisan otaknya tercampak ke dalam pagar berhampiran kawasan kejadian. 


Al-Fatihah buat Rosmariah Mohamad, 34. Moga rohnya dicucuri rahmat.

PENILAIAN MATA HATI

assalamualaikum


setiap perkara mempunyai nilai yang tersendiri. nilailah setiap perkara itu dengan mata hati. sentiasalah berusaha ke arah kebaikan. insyaAllah.

Friday, January 27, 2012

KHINZIR=HARAM MAKAN..KENAPA?

assalamualaikum

Entri ringkas malam ini kerana admin masih keletihan kerana baru sahaja pulang dari perjalanan selama 11 jam dari desa tercinta, kelantan darul naim ke kuantan, pahang darul makmur. Hanya bertujuan berkongsi sedikt sebanyak ilmu buat pedoman bersama.


Renung-renungkan dan selamat beramal. 

Monday, January 23, 2012

KEAJAIBAN TAHAJJUD MALAM

assalamualaikum
RAHSIA SOLAT TAHAJUD

Dari sisi logik, mungkin kita tidak mengerti bahwa perintah Allah itu mendatangkan kebaikan. Sesungguhnya solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain .

Dari sisi sains perubatan, kita akan menyedut oksigen di atmosfera bumi sekitar jam 3 pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita yang akan menyegarkan badan dan melancarkan aliran darah ditubuh kita. Kedua hal tersebut, iaitu oksigen dan gerakan otot sangat penting bagi kesihatan tubuh manusia. Oksigen akan hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sampai esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini yang dapat menikmati oksigen tersebut.

Mukjizat Gerakan Solat

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasarnya:

1. Kita berdiri tegak (qiyam) kemudian mengangkat kedua tangan bertakbir dan meletakkan tangan di atas dada - kita telah membesarkan rongga dada kita sehingga paru-paru akan terasa lapang serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

2. Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkai.

3. Ketika sujud, seluruh berat badan tertumpu sepenuhnya di atas otot-otot kedua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat saja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

4. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan sesudah itu kita berdiri kembali. Dalam gerakan badan kali ini secara automatik kita telah menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bagian bawah dan otot-otot lainnya.

5. Selain itu kita juga melakukan dua jenis duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal paha, selangkangan, jari-jari kaki dan lain-lain.

6. Ketika kita memberi salam , kita menggerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua hal di atas, iaitu menghirup oksigen yang istimewa dan gerakan otot-otot yang semuanya itu sudah tentu akan menyihatkan tubuh kita. Solat tahajud boleh juga menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

“Dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’; ayat 79)

Sungai di bawah lautan?

assalamualaikum

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Meksiko. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

Kajian Sains: Rahsia Tidur

assalamualaikum

Umumnya orang beranggapan bahwa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar 6 – 8 jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr. Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama 3 JAM .

Waktu tidur biasanya dikenali dalam dua jenis, iaitu tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk biasakan tidur lelap karena tidur ayam adalah masa berangan-angan yang sebenarnya hanya membuang waktu saja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap berdasarkan kajian saintis Barat, iaitu cukup selama 3 JAM. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini disebabkan kita tidak terlatih atau mengikuti aturan yang benar ketika kita tidur. Apabila seseorang atlit misalnya, ketika hendak bertanding dalam acara 100M lumba lari maka dia akan berlatih mungkin sekitar setahun sebelum perlumbaan itu dimulakan. Dengan demikian dia berharap untuk menjadi juara. Demikian dengan kita, harus melatih diri kita tidur sesuai dengan aturan yang baik.

Menurut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita pergi tidur, kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan termometer kita boleh melatih diri kita untuk tidur apabila perlu. Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari serta mengerjakan hal-hal lain. Di dalam Al-Quran disebutkan ada segolongan manusia yang masuk syurga karena ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat: ayat 15-18). Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik bagaimana tidur yang lengkap dengan doa-doanya. Sebagai ringkasan, mungkin kita biasakan latihan untuk tidur malam seperti: :

1.Makan malam sedikit saja. Cukup sekadar alas lapar. Jika kita makan malam yang banyak maka akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur.

2.Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur dari kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan waktu tidur dari 8 jam sehari menjadi 7 jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan waktu tidur malam menjadi 6 jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga menjadi 5 jam sehingga kita boleh tidur untuk waktu 3 jam saja.

Cara bangun tidur juga ada kaedahnya untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur,lantas terus melompat dari tidurnya, maka berisiko terkena penyakit jantung dan boleh menyebabkan kematian. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Badan Perubatan Lionin

Sunday, January 22, 2012

KISAH SEORANG GADIS

assalamualaikum

Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..
Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : "gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk: "ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."
Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..
Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.
♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.
♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.) (^_^) 

PEMIMPIN MUKMIN PROFESSIONAL

assalamualaikum

Konsep kepemimpinan sememangnya perlu dipandang serius dan bukan sambalewa. Ia merupakan antara cabang topik yang amat besar peranannya untuk kelestarian Islam zaman kini. Jika ada segelintir individu atau golongan yang menolak soal kepemimpinan, maka mereka itu sebenarnya tergolong dalam kelompok yang menafikan al-Quran dan al-Sunnah. Isu pemilihan pemimpin bukan isu yang main-main. Sedangkan keberadaan individu di tandas pun ada hukum-hakamnya, inikan pula isu pentadbiran yang melibatkan semua pihak.

Memilih pemimpin merupakan satu tanggungjawab. Jadi, adalah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk memilih pemimpin yang terbaik, termasuklah dalam ruang lingkup kampus. Dalam artikel kali ini, penulis menggariskan Beberapa ciri utama yang perlu diterapkan bagi seseorang Pemimpin Mukmin Profesional.
Seorang pemimpin seharusnya merupakan seorang mukmin professional. Dapat saya rumuskan, Mukmin Profesional ialah individu yang mempunyai 2 ciri unggul berikut :

1) Tingkah Laku (Mukmin)
Seseorang pemimpin seharusnya mempunyai keperibadian yang unggul, serta memperkukuh hubunganya dengan Pencipta (Hablu Minallah), hubungannya dengan dirinya dan orang lain (Hablu Minannas).

Hablu Minallah
Seseorang Presiden mahupun individu biasa mestilah meletakkan hubungan dengan Allah mengatasi lain-lain perkara. Dalam isu hubungan dengan Allah, antara pokok perbincangan utama adalah pemimpin itu mestilah mempunyai sifat ubudiah (kehambaan), berfikrah (berfikir mengikut acuan) Islam, menjalani proses tarbiah Islami (dengan menyertai usrah dan program pentarbiahan) dan apa-apa yang berkaitan dengan Rabbani. Seorang pemimpin itu bukan sahaja melibatkan dirinya dalam perkara makruf (kebaikan), malah berusaha menerapkan agenda tajdid dan tarbiah dalam organisasi yang bakal dipimpin. Sekiranya pemimpin tersebut sejak dari awal menolak proses kebaikan, tarbiah dan tajdid atas dasar ilmu, kredibiliti sebagai seorang pelajar dipertikai, maka penolakan adalah satu kemestian.

Hablu Minannas
Seseorang pemimpin juga mestilah memperkasa hubungannya dengan manusia lain. Berhubung persoalan ini, pemimpin tersebut hendaklah sentiasa mengamalkan budaya 3S (Salam, Senyum, Sayang), sentiasa bekerjasama dalam apa jua situasi dan mengamalkan sikap peduli dengan sesuatu keadaan.

Ia terangkum dalam akronim MAWAR (Mahabbah, Wahdah, Redha)
i. Mahabbah
Kasih sayang sesama manusia
ii. Wahdah
Bersatu padu bergandingan tangan, dalam perkara kebaikan dan pencegahan mungkar
iii. Redha
Mengajak manusia menuju redha Allah

Dalam ruang lingkup kampus, maka seorang pemimpin pelajar harus mempunyai hubungan dengan:
i. Pelajar lelaki keseluruhannya
ii. Pelajar lelaki dengan pelajar wanita
iii. Pelajar dengan guru
iv. Pelajar dengan pihak pentadbiran

Jika keempat-empat item di atas dipenuhi, maka sudah layaklah beliau dipilih sebagai pemimpin.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bahawasanya Allah s.w.t telah berfirman: “Terdapat 4 perkara, (1) mengikat jalin hubungan dengan-Ku, (2) mengikat jalin hubunganmu dengan hamba-hamba-Ku, (3) untuk dirimu; dan (4) untuk-ku.

Adapun untuk Aku adalah bahawasanya engkau menyembah-Ku, tidak menyekutukan sesuatu dengan Aku
Adapun untuk engkau ialah bahawasanya apa yang telah engkau membuat kebaikan, maka Aku akan membalasmu.
Adapun yang satu antara Aku dan engkau ialah bahawasanya engkau berdoa dan Aku menerima
Adapun yang antaramu dan hamba-hamba-Ku ialah bahawasanya engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau relakan bagi dirimu sendiri."
(Riwayat Abu Nu'aim)



2) Gerak kerja (Profesional)

Seorang pemimpin bukan sahaja Mukmin (Mahir dalam urusan agama) tetapi juga Profesional (Mahir dalam pengurusan dan gerak kerja). Pemimpin Mukmin yang profesional dalam gerak kerja adalah mereka yang memimpin dengan ilmu dan kepakaran serta kemahiran terhadap kerja yang dilakukan. Persoalannya berkisar dalam ruang lingkup bahawa seseorang pemimpin harus mempunyai kepakaran dan kemahiran terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.”
(Riwayat Abu Daud)

Selain itu, seorang pemimpin juga haruslah mempunyai pengalaman berkhidmat dalam bidang pengurusan organisasi. Bayangkan, jika seorang Perdana Menteri dilantik, tetapi sebelum itu beliau langsung tidak pernah mengetahui selok belok dalam pentadbiran, adakah beliau sudah sedia sepenuhnya untuk berkhidmat? Sekurang-kurangnya, beliau mestilah pernah bekerja sebagai Menteri mahupun Pengerusi Badan-badan Kerajaan (GLC) lain.

Secara khulasahnya, saya mengajak sahabat pembaca agar berfikir dengan penuh teliti dan professional dalam pemilihan pemimpin. Jika Imam satu waktu kita boleh memilih dengan begitu teliti, inikan pula Imam yang akan memimpin kita satu penggal. Kita memilih bukan atas dasar dia rakan kita, tetapi memilih kerana dia dapat memimpin kita ke arah lebih baik.

Friday, January 20, 2012

FADHILAT SOLAT AWAL WAKTU

assalamualaikum

Hadith 1

الصلاة في أول الوقت : رضوان الله وفي آخره عفو الله (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhjrnya mendapat keampunan Allah” (Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)

Hadith 2

سيل النبي صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أفضل , قال الصلاة لأول وقتها (رواه الترمذي)
Ertinya: ” Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu” (Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Shahih)

Hadith 3

Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam." (Hadith Shahih riwayat Al-Bukhari)


Hadith 4
Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”

Hadith 5
Nabi SAW bersabda : Ertinya “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya” (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)

Hadith 6

Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih, bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)

Wednesday, January 18, 2012

KENAPA TAK ROGOL SAYA ?


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Sunday, January 15, 2012

PERSOALAN TARIAN POCO-POCO

assalamualaikum

Fikir-fikirkanlah dan luangkanlah masa untuk menonton video di bawah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan sekaligus mendekatkan diri kepada Allah serta mengangkat darjat kita ke suatu yang lebih tinggi di sisi Allah. InsyaAllah.


ANAK - SELAMI JIWAMU

assalamualaikum


Renung-renungkanlah wahai setiap insan yang bergelar anak apatah lagi yang masih mempunyai kedua-dua ibubapa sekarang. Tunaikanlah tanggungjawabmu sebelum terlambat.

Saturday, January 14, 2012

KHEMAH IBADAH (PART 3)

assalamualaikum

Post penamat. Post lepas ( boleh klik ini ) PART 1 dan PART 2 . Untuk entry kali ini, admin akan bercerita lebih lanjut tentang pembaharuan yang telah dilakukan untuk program tautan kasih. aktiviti ini telah diberi nafas baru oleh ahli BADAR tingkatan 4 2010. Nama tautan kasih ini telah diilhamkan oleh penyelaras kem iaitu ameen bukhari untuk menggantikan nama keluarga bahagia. Modus operandi yang dikendalikan oleh saudara afif aziz serta saudara qusyairi fauzi turut ditukar antaranya ialah dari surau ditukarkan ke dewan sekolah manakala waktunya pula ditukarkan dari 9 malam ke 2 pagi. 

situasi aktiviti
menyelami jiwa










Keesokan pagi, suatu program yg dipanggil perang BADAR pula dijalankan. Berikut antara gambar yang sempat dirakamkan.

selesai ber'perang'
keadaan selepas ber'perang'

penyelaras kem serta kem
komanden ke'tidur'an
Majlis penutup telah diadakan di Surau Hamdaniah dan dihadiri oleh guru penasihat BADAR iaitu Ustaz Imran Jemain. Sekalung penghargaan diucapkan kepada barisan guru , warden, AJK pelaksana khemah ibadah 2010 serta pelajar tingkatan satu 2010 atas kerjasama serta penglibatan cemerlang yang telah diberikan. Semoga Khemah Ibadah pada tahun-tahun mendatang akan berjalan lancar. insyaAllah. Admin akhiri entry kali ini dengan video nasyid AKRAB PERSAHABATAN yang merupakan lagu tema kem.


sesegar hijau daunan ,
begitulah kita diibaratkan ,
tiada siapa yang bisa memisahkan kita , 
antara kita semua .

Thursday, January 12, 2012

BIG EVENTS OF STAR

assalamualaikum

Alhamdulillah. Untuk pengetahuan semua, STAR akan menjadi tuan rumah kepada dua acara mega pada tahun ini. Pertamanya Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) dan kedua Asian School Debating Championship. Kedua-dua acara ini akan berlangsung secara berturut-turut pada bulan Mei dan Jun nanti.

countdown bermula
Moga-moga semua pihak akan dapat pelbagai pengalaman yang berharga sempena penganjuran kedua-dua acara mega pada 2012 ini di STAR. InsyaAllah.


SUMBERHOK SENGOTI

Wednesday, January 11, 2012

KHEMAH IBADAH 2010 (PART 2)

assalamualaikum

Sambungan dari part 1. Beberapa ldk telah dijalankan dan diketuai oleh ajk BADAR yang telah dilantik untuk mengetuai setiap kumpulan. Selain itu, beberapa aktiviti lain turut dijalankan seperti tazkirah maghrib, kejohanan futsal antara kumpulan serta program lakonan yang berjudul 'Ubat! Oh Ubat!'. Berikut merupakan antara memori yang dirakamkan buat tatapan semua.

tazkirah maghrib
jejak si buta

aktiviti ldk
amali wudhu'

futsal intergroup

Sejarah baru juga tercatat apabila kami telah melakukan kelainan dengan mengadakan 3 aktiviti pada lingkungan jam 2.00 hingga 5.00 pagi dalam hari yang berlainan. Program berikut adalah burung hantu, mencari sakinah serta tautan kasih. kami juga telah mendapat bantuan para ustaz serta ustazah dan barisan warden dalam melaksanakan aktiviti tersebut. 

pemantau 'burung hantu'
taklimat aktiviti malam
dari penyelaras kem




program tautan kasih

Admin akan bercerita lebih lanjut tentang pembaharuan program tautan kasih dalam siri ke-3 atau post penamat  khemah ibadah 2010 yang dianjurkan oleh BADAR STAR. insyaAllah.

Monday, January 9, 2012

KHEMAH IBADAH 2010 (PART 1)

assalamualaikum

Harap maaf entry lambat di'post'kan. Kem ini merupakan program tahunan yg dirancang khusus untuk para pelajar tingkatan satu STAR. Persiapan bagi menganjurkan kem ini telah dimulakan dengan suatu perjumpaan oleh ahli BAdar tingkatan 4 2010. Kami telah sebulat suara memilih saudara ameen bukhari sebagai penyelaras kem manakala saudara afif aziz sebagai kem komanden. Saudara wan, syamil, hazwan, qusyairi, isma, khalis, nafis, aiman, rafizul dan iqbal pula telah dilantik untuk menguruskan pelbagai biro yg ditubuhkan bg memastikan kelancaran kem ini. 

persiapan
pendaftaran peserta kem


taklimat kem komanden
Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dimuatkan antaranya ialah menjejak si buta, mencari sakinah serta program tautan kasih yang telah diberi nafas baru pada tahun 2010. Program ini telah diadakan selama 6 hari 5 malam. Berikut merupakan antara memori kenangan yang telah dirakamkan dalam beberapa aktiviti yang diadakan.

pelancaran kem
pembentangan kumpulan





senamrobik



bendera kumpulan




Saturday, January 7, 2012

KELEBIHAN AYAT KURSI

assalamualaikum

1) Baca pada saat keluar rumah ,70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.

2) Baca pada saat masuk rumah , kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.

3) Baca setelah berwudhu , darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.

4) Baca pada saat tidur , malaikat akan menjagamu sepanjang malam.

5) Baca setelah solat , maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Sampaikan kepada orang lain . maka ini adalah sedekah jariah . Dan pada setiap orang yang mengamalkan , kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.

TEPUK DADA, TANYA IMAN



Renung-renungkanlah setiap perbuatan serta amalan kita sepanjang nyawa masih dikandung badan. Naudzubillah.

TATAPAN BUAT SEMUA

assalamualaikum

Entry ringkas sekadar buat renungan semua umat Islam di seluruh dunia biarpun berbeza bangsa, etnik dan pandangan politik. 


Moga-moga mendapat sedikit sebanyak pengajaran dari video di atas.
InsyaAllah.

SECEBIS KENANGAN


assalamualaikum

Berhubung dengan tajuk entry post hari ini, admin berhasrat untuk memaparkan wajah-wajah barisan ahli jawatan kuasa tertinggi BADAR STAR bagi sesi 2010/2011 yang telah berakhir. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga atas khidmat bakti yang telah dicurahkan.

wan badiuzzaman
presiden
tuan iqbal
timbalan presiden 1


ameen bukhari
timbalan presiden 2
qusyairi fauzi
setiausaha


rafizul arif
bendahari
syamil ali
ajk aktiviti dan hubungan luar


isma aiman
ajk multimedia dan dokumentasi
aiman zairudin
ajk musolla


afif aziz
ajk dakwah dan tarbiyah

hazwan zulhaimi
ajk aktiviti dan hubungan  luar
khalis ibrahim
ajk ekonomi dan keusahawanan

nafis adzhar
ajk dakwah dan tarbiyah
 Jalinan yang telah kalian jalinkan sekian lama sangat erat serta utuh hubungannya. Moga-moga kalian akan terus berjaya di dunia luar kelak. InsyaAllah.

Friday, January 6, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

assalamualaikum

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.




8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

CINTA MU RABBI

assalamualaikum

Ustaz : Kenapa kamu bercouple dengan dia?

Remaja: Sebab saya cintakan dia la ustaz ♥

Ustaz : Apa jadi kalau kamu tak couple dengan dia?

Remaja: Saya rasa hidup saya tak bermakna ustaz. saya sanggup mati untuk dia.

Ustaz : Boleh kamu tutup hidung dan mulut kamu untuk 15 minit?

Remaja : Ustaz ni gila ke? Mati la saya kalau macam tu.

Ustaz : ISLAM itu ibarat oksigen kepada manusia.. Tanpanya, kamu akan mati. Bukankah ALLAH telah buktikan cinta NYA kepada seluruh manusia? Kamu sanggup mati untuk cinta manusia tapi sanggupkah kamu mati untuk pencipta cinta itu? Renung-renungkanlah..

p/s : Cinta ialah hadiah terbaik daripada Allah. Tetapi, patutkah kita lebih mencintai hadiah tersebut daripada pemberinya? Sama2 muhasabah diri..

TUJUH PERKARA GANJIL

assalamualaikum

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya." 

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

CORET-CORET USTAZ AZHAR IDRUS

assalamualaikum

 sekadar entry lewat malam. moga-moga kita mendapat sedikit sebanyak teladan 
dari video tersebut. InsyaAllah.




Thursday, January 5, 2012

KEAJAIBAN MU YA-RABBI

assalamualaikum



Subhanallah, Maha Besar Allah dengan apa yang telah diciptakan-Nya. Ternyata di dunia ini Allah telah menunjukan banyak bukti tentang keberadan-Nya. Alasan apalagi yang akan digunakan manusia setelah menyaksikan bukti-bukti tentang keberadan-Nya. Padahal, keberadaan alam semesta ini sendiri cukup menjadi bukti akan adanya Sang Pencipta, yakni Allah SWT.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...