Wednesday, February 22, 2012

DOA UNTUK IBUBAPA

assalamualaikum


» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka, siapalah kita.

Monday, February 20, 2012

KENANGAN 2011 : SIRI AKHIR

Salam buat semua. HOK SENGOTI nak berkongsi sedikit kejayaan rumah Imanshah dalam Majlis Anugerah Kokurikulum di Sekolah Bintang tempoh hari. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2011, Rumah Merah (Imanshah merupakan penolong ketua guru rumah) telah berusaha keras bagi memastikan kejayaan bakal diraih nanti. Sememngnya di Sekolah Bintang, semangat rumah sangat menebal dalam kalangan pelajar dan guru. Apakan tidak kerana semua pelajar diasingkan mengikut rumah masing-masing. Terdapat enam bangunan asrama yang didiami oleh enam rumah yang berbeza.

Sesuatu yang unik di Sekolah Bintang, nam rumah adalah mengikut warna. Ada enam rumah di sini iaitu Merah, Kuning, Hijau, Putih, Hitam dan Biru. Dan untuk pertandingan antara rumah tahun ini tiga piala dipertandingkan iaitu Piala Pengetua, Piala Presiden dan Piala Agong.

Untuk Piala Pengetua, pemarkahan adalah berdasarkan pertandingan sukan dan koko akademik antara rumah seperti bola sepak, bola tampar, ragbi, hoki, bahas, debat, pidato, sepak takraw, kriket, ping pong dan banyak lagi. Manakala piala Presiden pula merupakan pertandingan yang melibatkan sahsiah, kebersihan dan keceriaan asrama, akademik pelajar serta kepimpinan. Manakala dalam pertandingan Piala Agong, markah bagi ke dua-dua piala akan dicampur untuk mendapatkan piala Agong.

Dan sesuatu yang menarik, Rumah Merah telah mensasarkan untuk mendapatkan ke tiga-tiga piala pada tahun ini. Pelbagai strategi telah diatur dan dibuat untuk memastikan ketiga-tiga piala dapat diraih. Dan Alhamdulillah, pada tahun 2011, visi dan misi Rumah Merah telahpun berjaya. Dan sesuatu yang sangat mengembirakan apabila kami telah membolot ke tiga-tiga piala yang telah dipertandingkan.


Kelihatan 'house captain' sedang menerima piala dari tetamu kehormat.

Inilah tiga piala yang telah dimenangi dalam Majlis Anugerah kokurikulum. Hidup Red Rouser !
barisan form 4 serta form 5
Para senior (Tingkatan lima dan empat) yang benyak menggerakkan aktiviti rumah merah. Kudos untuk House Capt, Ameen Ngarox yang telah mengetuai rumah merah dengan jayanya.

Sebenarnya pada tahun ini merupakan kali ke tiga berturut-turut Piala Agong menjadi milik Rumah Merah. Semoga barisan AJK baru tahun 2012, mampu mengekalkan kejuaraan yang diraih.

KENANGAN 2011 : SIRI 9

Tahun 2011, sambutan Aidilfitri di Sekolah Bintang berlangsung agak lewat sedikit memandangkan beberapa keutamaan harus diberikan kepada aktiviti akademik. Dan malam tadi Majlis Mesra Aidilfitri 2011 telah berlangsung di dewan sekolah serentak dengan majlis perpisahan guru kanan yang bertukar ke sekolah baru. Kalau masih ingat, majlis GLEMER RAYA pada tahun 2010 telah berlangsung dengan meriah sekali. Dan Alhamdulillah, pada tahun ini walau dalam keadaan lebih sederhana , namun kemeriahannya tetap terasa.

barisan 'tetamu'
Antara tetamu yang hadir. Sapa je pun kalau 600 anak jantan ni jelah kan. Tu menunggu nak makan lah tu, maklumlah biasanya 6.30 petang dah makan, kali ni makan jam 10.00 malam. Tak ke haru ?

penghibur malam
Sedang menanti giliran untuk membuat persembahan. Inilah kumpulan "Sumbangsuara BINTANG "..ok tak nama kumpulan ni. Nak bagi suara sumbang nampak benor tak sedap suaranya. Hehe, jangan baling gitar kat saya udoh ye.

persembahan buatmu puan noridah
Turut berlangsung majlis perpisahan. Kelihatan para pelajar sedang membuat persembahan terakhir buat Puan Noridah.

juadah
Antara juadah yang disediakan pada malam tadi. Yang tak tinggal selalunya sate lah kan. Tapi macam biasalah, kontrol-kontrol, kan tak pasai-pasai kolestrol naik mendadak.

form 5
Hari raya terakhir mereka di Sekolah Bintang. Lepas ni masing-masing akan meninggalkan sekolah dan memulakan kehidupan di tempat baru. Apapun, sekali lagi selamat hari raya buat seluruh warga sekolah bintang. Kepada yang bertukar, selamat bertukar ke tempat baru dan jumpa lagi dalam glemer raya 2012.

KENANGAN 2011 : SIRI 8

berlangsung dua program di sekolah. Pertama, Solat Hajat dan Bacaan Yassin utnuk calon PMR dan SPM dan kedua, Malam Ambang Merdeka. Kira-kiranya sekolah bermula 7.00 pagi dan berakhir jam 12.30 malam. Huhu lama tu.

solat hajat
Para pelajar, Ibu bapa dan guru-guru khusyuk menunaikan solat hajat. Memohon kepada Ilahi agar dibukakan pintu hati dan rezeki, dipermudahkan mengingati, dan dikurniakan kejayaan yang hakiki. Solat diimami oleh Timbalan Mufti Negeri Perak.

tazkirah
Sedikit tazkirah yang disampaikan kepada semua pelajar dan hadirin, semoga dapat berubah dan memberi tumpuan terhadap perjuangan menghadapi SPM dan PMR.

jamuan makan
Usai majlis, semua hadirin dijemput ke dewan makan untuk menikmati jamuan makan malam. Huhu kenyang den makan nasik ayam. Tambah jangan tak tambah pakcik.

persembahan ambang merdeka
Eh ini S.Jibeng ke Ahmad Jais ? Jangan salah sangka. Ini bukan majlis solat hajat. Ini dah masuk program ke dua. Sambutan Ambang Merdeka. Anak buah Imanshah sedang syahdu menynyikan lagu Warisan dendangan Allahyarham Sudirman. Peperiksaan-peperiksaan juga, patriotik mau ada !! Majlis bermula jam 10.30 malam dan berakhir pada jam 12.15 pagi. Haha, non stop dari jam 6.00 petang lagi.

form 5 bersama barisan pentadbir
Majlis diakhiri dengan laungan merdeka dan nyanyian lagu-lagu patriotik. Eh mana cek?? Hilang ditelan oleh para pelajar.

Di halaman aman dan makmur ini,
Pertahankan daulah addin nan qudus
Di halaman udara segar bugar ini,
Perteguhkan maruah bangsa nan mulus,
Di halaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,
Abadikanlah kemakmuran sejati...

YeBo pun nak sambut MERDEKA! Peace !

KENANGAN 2011 : SIRI 7

Kali ini giliran hoki mengambil tempat setelah sebelum ini bercerita tentang kejayaan debat memenangi Piala Perdana Menteri. Baiklah, sebelum menemui Ramadhan, Kelab Hoki Sekolah Bintang telah mengadakan Karnival Hoki Antara Rumah (interhouse) yang melibatkan penyertaan enam buah rumah iaitu Merah, Kuning, Hijau, Biru, Hitam dan Putih. Alhamdulillah, sepanjang hari karnival ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya.

Pertamanya, karnival ini disertai oleh semua rumah bermakna kami berjaya mengumpulkan seratus pelajar untuk turut serta bersaing merebut kejuaraan. Kedua, urusetia kejohanan terdiri daripada para pelajar dari aspek pengadil, urusetia, kebersihan, pengangkutan, jadual perlawanan serta minuman. Semuanya diuruskan oleh pelajar. Imanshah hanya datang membantu mana yang patut sahaja. Dan ketiganya selain memupuk semangat sayangkan rumah, ramai bakat-bakat baru berjaya dicungkil melalui karnival ini. Tabik spring kepada urusetia yang berjaya mengelolakan karnival ini. Diharapkan mereka banyak belajar dari aspek penganjuran dan pengelolaan sesuatu aktiviti. Jom, kita kongsi beberapa keping gambar karnival.

Aksi peringkat kumpulan KUNING menentang MERAH
Nah ambik kau RED CARD. Tapi apa salah kami?
barisan penyokong
Antara penyokong yang hadir. Tak sangka sambutan hangat juga. Budak-budak ragbi, budak bola semua turun main hoki. Semangat rumah katakan.

pasukan juara
Akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan RUMAH MERAH setelah mengalahkan RUMAH HIJAU di final.. Tahniah, kepada yang menang, yang kalah cuba lagi tahun depan. Ok babai.

KENANGAN 2011 : SIRI 6


'Dengan ini Dewan MENERIMA usul perbahasan, dan pemenang pertandingan bahas Piala Perdana Menteri Kategori Bahasa Melayu jatuh kepada Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.'

Maka, bergemalah Dewan Pleneri Pusat Konvinsyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tepukan dan sorakan atas kejayaan yang sungguh bermakna ini setelah melakukan perkara yang sama lewat tahun 1996. Ketika itu Imanshah tak tahu apa yang hendak digambarkan perasaan ini. Memandang kepada wajah gembira puan Noridah, Imanshah seakan berkongsi perasaan yang sama dengan beliau, orang yang banyak mencurah ilmu dan pengalaman beliau dalam dunia perdebatan ini. Terima kasih Puan Noridah atas perkongsian yang mantap dan hebat ini.

Melihat para pembahas menangis dan berpelukan tanda syukur dan gembira, hati jadi sebak. Terasa begitu lama menantikan momen-momen indah ini sejak tahun 2004 lagi ketika mula-mula mengambil alih pasukan bersama Puan Noridah. Alhamdulillah, mungkin orang hanya nampak kepada kejayaan yang diraih, namun sebenarnya banyak air mata yang tumpah di sebalik kejayaan yang hadir ini. Alhamdulillah, Imanshah panjatkan kesyukuran buat Maha Esa yang akhirnya memperkenankan kejayaan ini. Asas Hujjatul Islam yang kami perjuangkan ditambah dengan semangat ukhuwah yang tinggi akhirnya memberikan impak yang positif dalam hidup.

Sekalung apresiasi ditujukan buat sifu saya, Puan Noridah bt Haji Ramlan, anak-anak yang saya sayangi, Qushairi, Uthman, Amirul, Amir Syafiq atas persembahan hebat kalian di pentas final. Juga buat bekas-bekas pembahas yang nama mereka saya abdikan di blog ini.. ADAM EFFENDY, SYAFIQ MAZLAN, FARID AL AZIM, HARINN HIZHADI, SYAZWAN ASWAT, HAZIQ JANUDIN, FAIZS OMAR, ABDUL HAKIM, SIRAJ, ASYRAf, AZRI KAMARUDIN. Kegagalan kalian semua telahpun ditebus hari ini. Juga tak lupa buat KELUARGA DEBAT BAHASA MELAYU STAR terdiri daripada para pelajar junior yang saban waktu membantu , tanpa kalian kejayaan ini mungkin tertangguh. Alhamdulillah, Piala Perdana Menteri akhirnya selamat dibawa pulang ke Ipoh.

Perbahasan sedang berlangsung

Para penyokong dibawa dari Ipoh

Pembahas Terbaik, Qushairi sedang menjulang PPM

Juara dan naib juara kategori BM dan BI bergambar kenangan

KENANGAN 2011 : SIRI 5

Alhamdulillah, Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Bintang telah pun tamat. Hari di mana segala sumbangan guru-guru dan pelajar dalam menaikkan bidang akademik di Sekolah Bintang dihargai. Seperti biasa, Imanshah menjadi pengacara majlis tetap dan berpencen. Sejak 2004, rasanya belum ada lagi tahun yang boleh untuk Imanshah berehat. Penat rasanya pakcik, dah tua, malu lah digandingkan dengan wanita-wanita muda. Apapun, Imanshah sekadar ingin berkongsi perjalanan majlis bersama kawan-kawan kerana melalui gambar, sekurang-kurangnya semangat untuk berjaya juga ada. Jom layan!

perasmian majlis
penerimaan anugerah
Choral Speaking
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 2010

Puan Ashah sedang memotong kek kejutan sempena persaraan dan sambutan hari lahir beliau. 
Bekas murid-murid yang hadir menerima anugerah

ARIEL SHARON : ADAKAH INI BALASAN BUATMU?

assalamualaikum

Siapa tak kenal dengan salah seorang pemimpin durjana dunia Israel yang satu ketika dulu semasa pemerintahannya melakukan banyak kerosakan dan kezaliman ke atas bumi Allah Palestin. Pembunuhan, penyembelihan, penindasan dan bermacam macam lagi kekejaman tentera Israel Laknatullah dibawah arahan beliau. Ariel Sharon merupakan Perdana Menteri Israel dari 7 Mac 2001 hingga 14 April 2006. Sepanjang tempoh itu Ariel Sharon telah banyak merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yang telah mengalir kerana kezalimannya. Ramai pejuang yang telah terkorban kerana kekejamannya.

Dan sekarang, Ariel Sharon menerima akibatnya. Petunjuk dari Allah tentang kekuasaanya yang tidak boleh ditandingi sesiapa. Ariel Sharon kini umpama mayat hidup yang telah jatuh koma pada 4 Januari 2006. Sehinggakan media di seluruh dunia terutamanya media barat berasa malu untuk menerbitkan gambar-gambar keadaan Ariel Sharon yang ada pada hari ini. Tiada yang mustahil. Mungkin inilah yang harus “ditelan” oleh Ariel Sharon di atas ribuan nyawa dan kezaliman yang dilakukan selama ini ke atas rakyat Palestin.



pada 27 Febuari 2011 yang lepas genaplah umurnya 83 tahun. dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yang merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga umur 90 tahun,Wallahualam...
Sedar tak sedar telah lima tahun Sharon berada dalam keadaan koma. Mungkinkah ini balasan Allah terhadap kekejaman Sharon yang selama ini begitu mendendami penduduk Palestin? Allah tidak mencabut nyawanya tapi membiarkan Sharon berada di persimpangan diantara hidup dan mati..!

KENANGAN 2011 : SIRI 4

Jangan marah, jangan meluat ye. Entri terakhir pasal sport day lagi. Dah entri ke tiga dalam masa dua hari ni Imanshah tulis pasal sport day. Apapun Imanshah hanya nak berkongsi gambar-gambar menarik semalam, buat tatapan bekas-bekas pelajar, kawan-kawan, dan khususnya buat anak-anak Bintang yang hari ni penuh kat pusat cyber sebab hari ni dibenarkan untuk outing.

acara 100m
Permulaan acara 100 M. Dimenangi oleh Fitri yang mencatatkan rekod baru kejohanan dengan catatan 11.03 saat. Larian yang sungguh laju. Dah nak masuk kategori 10 saat. Bukan senang tu jang!

battle cry 
Pertunjukan Battle Cry dari setiap rumah. Ni persembahan dari Rumah Kuning, tengah mengangkat ahlinya, ala-ala Shima masa Juara Lagu kena angkat dulu. Kalau tak silap masa tu Shima nyanyi lagu Setelah Aku Kau Miliki.

form 5
Penyokong fanatik Black House. Nash ni lepas sport day berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Semoga selamat pergi dan sampai.

bawak jgn xbawak
Acara bawa bola ping pong dalam sudu. Acara ini khusus untuk cikgu-cikgu. Hehe cikgu laki bawak 4 biji tau. Dua kat sudu..dua lagi??carik sendiri.

come on black
Acara tarik tali akhir. Hitam lawan Kuning. Keputusannya Badang-badang Kuning tumpas kepada badang-badang Hitam. Wah hitam betul depa. Ganteng semuanya.

hijau catat sejarah
Inilah wajah-wajah juara. Akhirnya Rumah Hijau muncul juara baru selepas bertahun-tahun mencuba. Tahniah buat mereka. Setiap usaha keras tanpa mengenal jemu, pasti ada hasilnya. Merah akan cuba merampas kejuaraan tahun depan, insyaAllah.

KENANGAN 2011 : SIRI 3

Selain dari acara-acara larian, perhiasan khemah dan sebagainya, turut diadakan pertandingan kawad kaki antara rumah. Macam ada kekurangan sikit pada tahun ini kerana para peserta kawad tidak lagi dibenarkan memakai aksesori melaikan baju rumah sahaja. Kalau dulu kita boleh lihat kehebatan mereka mereka kostum yang sangat menarik dan kreatif, tapi tahun ini syaratnya telah berubah. Betul juga, ni hari sukan, bukan pertandingan peragaan fesyen kan?? Apapun kita layan jelah.

Rumah biru. Saguhati.
Rumah Hitam, Juga Saguhati.

Rumah merah. Saguhati.
Rumah Putih. Tempat ke-2.
Rumah Hijau. Ketiga.
Rumah Kuning. Johan Perbarisan STAR GOLD RUSH ATHLETIC CIRCUIT. 

Sunday, February 19, 2012

KENANGAN 2011 : SIRI 2

Seperti tahun-tahun sudah, khemah merupakan elemen yang sangat penting dalam menjayakan Kejohanan Sukan di Sekolah Bintang. Di sinilah kekreatifan arkitek muda Sekolah Bintang diuji. Imanshah pernah membuat posting mengenai pertandingan hiasan khemah pada hari sukan tahun lepas. marilah kita hayati, hasil ilham kreatif arkitek muda Sekolah Bintang pada tahun ini pula. Imanshah tak mahu nyatakan keputusannya, nak mintak tolong kawan-kawan menghakiminya pula. Kalau boleh nyatakan kedudukan pertama, kedua dan ketiga. Sama tak dengan keputusan juri. Thanks ya!
ROYAL BLUE

RED ROUSER

WHITE BLAZE

GREEN GALA DE VERTE

BLACK KINGDOM

YELLOW DRAGON

KENANGAN 2011 : SIRI 1

Malam tadi, berkesempatan seperti malam-malam sebelumnya mengunjungi Rumah Merah untuk melihat persiapan terakhir untuk sukan tahunan. Meriah sungguh, ada yang berkawad, ada yang melatih pasukan sorak, ada yang berkhemah dan ada yang menyiapkan pakaian untuk berkawad. Semuanya ada peranan masing-masing. Di sinilah mereka membina bakat kepimpinan mereka. Sebagai guru, kami hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja, semuanya diuruskan oleh para pelajar. Dari hal pemilihan atlit, sehinggalah kepada rekabentuk rumah sukan.

persiapan khemah
Selalunya, malam sebelum hari sukan memang meriah. Para pelajar akan sanggup bersengkang mata untuk memasang khemah masing-masing. Inilah harinya semua pelajar dan guru terlibat dalam satu program sekolah. InsyaAllah nanti Imanshah akan buat satu entri khas mengenai khemah rumah sukan tahun ini. Kalau nak tengok , jangan ketinggalan ya. Malam tadi juga Imanshah perasan hujan lebat dua kali pada jam 2 dan 3 pagi. Tak tahulah macam mana, sempat atau tak mereka emmasang khemah. Kesian budak-budak ni.
100 keping roti canai
Sambil bergotong royong, sambil menjamu roti canai. Beginilah tiap kali sukan. Pasti ada guru-guru yang bermurah hati untuk menghulurkan makanan buat para pelajar. Sekejap je habis roti canai seratus biji. Terima kasih Puan Asiah, belanja anak-anak. Oklah kawan-kawan, Imanshah nak ke sekolah dah, teruja juga sebab Imanshah sebagai Penolong Ketua Rumah Merah, mestilah nak tengok rumah kami juara. Doakan ya!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...