Saturday, June 20, 2009

Peringatan Daripada Seorang Naib Presiden!

19 Jun 2009

Badan Pelajar Islam mesyuarat lagi..

Untuk kali ini, saudara Basri ingin berjumpa dengan semua Badan Pelajar Islam Tingkatan 3 dan 4. Beliau menunggu kedatangan mereka di hadapan bilik syukbah untuk jangka masa yang agak lama kerana pelajar tingkatan 3 ada perjumpaan dengan ketua Batch mereka, yang juga seorang BPI.. Tingkatan 4 pula ada perjumpaan pengawas mengenai Old Boy Weekend, di mana majoriti BPI Tingkatan 4 ialah pengawas.

Namun begitu, saudara Basri sabar menunggu sehinggalah akhirnya semua ahli telah berkumpul di dalam bilik syukbah. Perjumpaan dimulakan dengan Al-Fatihah dan beliau memperingatkan mengenai kertas kerja bulan Islam (seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ini). Kemudian, beliau menambah mengenai Sudut bacaan di bahagian Blue Carpet perlulah sentiasa dijaga dan dipantau. Selain itu juga, beliau menegur mengenai Papan Kenyataan di saf Tingkatan 1 dan di blok Akademik perlulah sentiasa dikemaskinikan. Di surau, itu menjadi tanggungjawab bersama tetapi di blok Akademik, BPI tingkatan 4 mengaku bahawa itu merupakan amanah mereka. Namun begitu, BPI tingkatan 3 dengan hati yang murni membalas "Biiarlah itu menjadi tugas kita bersama". Kemudian, naib Presiden itu menambah lagi mengenai Risalah An Nur yang perlu diubah sedikit dari segi wajah dan grafiknya. Isi-isinya bagus. Lagi, mengenai aktiviti BPI yang paling awal dilakukan setiap hari, yang kini sudah hampir dilupakan, iaitu Kejut Subuh. Beliau juga menegaskan kepada BPI tingkatan 3 mengenai Duty Surau, tingkatan 1. Perlulah lebih efisien dan bertanggungjawab. Mesyuarat ini juga disaksikan oleh saudara Aiman, Ketua Wassail yang sibuk mengambil gambar dan juga saudara Firzan, Presiden yang hanya tersenyum dan mengangguk-angguk sahaja.
Setelah tamat, semua bersurai meneruskan aktiviti masing-masing..

Ustaz seperti ayah mereka..

19 Jun 2009, Jumaat malam

Ustaz Mokhtar ingin berjumpa dengan semua pelajar tingkatan 1. Beliau mengumumkannya dengan menggunakan sejenis alat yang agak canggih, yang dikenali sebagai mikrofon.

Setelah semua berkumpul di saf hadapan, beliau memulakan percakapannya iaitu yang lebih menyerupai nasihat seorang ayah kepada anak-anaknya.

Beliau cuma membangkitkan mengenai peperiksaan pelajar yang telah lepas dan akan datang. Beliau menasihati pelajar-pelajar tingkatan 1 agar belajar bersungguh-sungguh. Itu sahaja isu yang dikatakannya, namun beliau mengulaskannya dengan penuh cekap dan menarik sehingga para pelajar tingkatan 1 mendengarnya dengan penuh khusyuk dan tawwaduk malah suasana senyi sepi tanpa seorang pun yang bercakap kerana ingin mendengar isi yang ingin diperkatakannya.

Perjumpaan ini tamat tepat jam 8:44 malam, bersempena dengan azan Isyak. Kemudian, semua pelajar solat Isyak berjemaah diimamkan oleh Ustaz Mohtar sendiri.

Setelah selesai solat, pelajar-pelajar tingkatan 1 membaca al-mathurat bersama BPI tingkatan 3 (yang sepatutnya mengadakan usrah namun tidak dapat dijalankan kerana kekurangan ahli, ramai yang pergi ke Pertandingan Wind Orchestra)

Bulan Islam

16 Jun 2009

"Semua Badan Pelajar Islam diminta tunggu sebentar selepas Maghrib"
Sebab?
Luqmanul nak jumpa..
Lepas semua dah berkumpul depan bilik syukbah, Manul memulakan mesyuarat tersebut. Perkara yang ingin diberitahunya ialah mengenai suatu aktiviti yang telah lama dirancang, tetapi masih belum dilaksanakan..
Iaitu..
Mengenai bulan Islam..


Aktiviti ini bertujuan untuk menambahkan lagi minat para pelajar terhadap Islam itu sendiri. Seperti yang kita lihat, umat Islam zaman kini sudah mula melupakan agama mereka sendiri. Oleh yang demikian, kami akan mewujudkan aktiviti ini bertepatan dengan masa kini.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pertandingan Nasyid Antara Rumah, Menulis Khat, tilawah Al-Quran, Treasure Hunt, Hafazan, Kuiz Agama dan sebagainya.
Ustaz Saufi sendiri pernah menyatakan persetujuannya malah sedia membantu menganai aktiviti ini. Jadi, pada malam itu, berlakulah pembahagian tugas antara syukbah.

Affan - Nasyid Antara Rumah
Aiman - Tilawah Al-Quran
Amir - Treasure Hunt
Hakim - Menulis Khat
Hijaz - Hafazan Al-Quran
Amirin - Kuiz Agama Antara Rumah


Setelah tamat pembahagian ini, Saudara Affan menambah sedikit mengenai tanggungjawab setiap ahli dalam menjalankan tugas masing-masing seperti mengenai kertas kerja Syubah masing-masing. Saudara Firzan pula mempromosikan dan menguar-uarkan mengenai blog Badan Pelajar Islam yang baru ini dan dengan harapan semua ahli BPI lain akan hilang ingatan mengenai elhamdaniy.blogspot.com


Selepas itu, perjumpaan tamat dan semua ahli bersurai untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

Tuesday, June 16, 2009

Meeting Pasal Board

14 Jun 2009

Semua Badan Pelajar Islam Tingkatan 4 diminta tunggu sebentar selepas maghrib..
Setelah semua berkumpul, topik yang dibincangkan ialah mengenai noticeboard papan kenyataan di belakang surau (di saf Tingkatan 1)
Mereka bermusyawarah mengenai seksyen yang perlu dibahagikan pada papan kenyataan itu, tidak lupa juga mengenai kerja-kerja mengemaskinikan artikel-artikel yang perlu dipaparkan untuk tatapan dan renungan pelajar-pelajar.

Setelah berbincang dalam masa yang agak lama, perjumpaan tamat disertai dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr

Wednesday, June 3, 2009

Rupa Kami


Ini diletakkan foto untuk tatapan semua.. Bukannya apa, supaya anda tahu bagaimana rupa kami..
Foto ini diambil ketika jamuan tahunan kami pada tahun lepas..
Insya Allah, kami akan terus berjuang!

ALLAHUAKBAR!

Carta Organisasi Badan Pelajar Islam



Tuesday, June 2, 2009

Form One dapat Assignment

Satu mesyuarat telah diadakan antara Pengerusi Badan Pelajar Islam, Firzan dan Ketua Syukbah Wassail (Media dan Penerbitan), Aiman, dengan semua pelajar tingkatan 1 pada Khamis malam Jumaat, 28 Mei 2009 di surau Al-Hamdanniyah. Mesyuarat ini bertujuan untuk membahagikan tugas-tugas antara pelajar tingkatan 1. dimulakan dengan Al-Fatihah, saudara Firzan membentangkan tugasan yang perlu dibuat. Setelah diberi panduan yang lengkap, pembahagian mula dilakukan mengikut dorm di Blok Matrik

Untuk pengetahuan semua, dorm-dorm di blok matrik terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu Dorm 1, Dorm 2, Dorm 3, Dorm 4, Dorm 1 Banglo, Dorm 2 Banglo


Jadi, kerja atau tugasan yang perlu dilaksanakan oleh para pelajar ialah mencari artikel, risalah dan segala jenis maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Keputusannya :
- Dorm 1 > Daulah Khalifah
- Dorm 2 > Penghinaan Terhadap Al-Quran
- Dorm 3 > Biografi Semua Rasul
- Dorm 4 > Sejarah Panglima Islam
- Dorm 1 Banglo > Informasi Yahudi Nasrani
- Dorm 2 Banglo > Fatwa, Hukum dan Undang-undang Islam

Setelah tamat pembahagian tugas ini, saudara Syafiq Baharudin menyambungnya untuk mesyuarat Batch. Isinya?
Berkaitan dengan akitiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh Batch mereka (selepas teguran dan larangan yang acapkali diberitahu)

Antara aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah melukis poster, Rubik's Cube Competition, Scrabble Master dan berbagai jenis idea lagi. Setelah itu, semua pelajar bersurai 10:40 dan menjalankan aktiviti masing-masing...

Kongres BPI?

Tepat jam 7:00 malam, Khamis 28 Mei 2009

"Kepada semua BPI tingkatan 5, anda semua diwajibkan untuk tunggu sebentar selepas solat hajat nanti kerana ada meeting tergempar"


Pengumuman tersebut menimbulkan tanda tanya ramai orang..
Nak dipendekkan cerita, selapas selesai sahaja solat hajat dan zikrullah, semua BPI tingkatan 5 bergegas meluru masuk ke bilik syukbah..
Amir Izzat, selaku Ketua Al-Akbar, mengakui bahawa dialah yang bertanggungjawab atas segala kekecohan ini. Dimulakan dengan Al-Fatihah, dia menceritakan sedikit, 'Apa yang gempar sangat'


Al-Akbar kini sedang mengusahakan agar dapat mengadakan sebuah perjumpaan antara LIMA ORGANISASI penting di STAR, iaitu Badan Pelajar Islam, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Briged Bestari dan STARAYA
Apa tujuannya?? Jawapannya, untuk kita saling menegur dan bertukar fikiran.. back to the basic, Solat seseorang dapat mencegah maksiat seseorang, tapi, kalau solat tidak perfect, maka maksiat tak dapatlah dicegah. So, sekarang Al-Akbar sedang mengusahakan agar perkara ini dapat dijalankan..

Sesudah itu, saudara Affan menambah pula mengenai aktiviti BPI yang akan dijalankan iaitu bowling antara BPI sendiri..
Saudara Hakim mengingatkan agar selepas cuti, untuk membawa RM15 untuk bayaran Air-Conditioner dalam bilik syukbah , tidak lama lagi.. InsyaAllah..
Kemudian, setiap ahli bersurai untuk meneruskan kegiatan masing-masing..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...