Sunday, January 1, 2012

‎KENAPA UMAT ISLAM SEMBAH KAABAH?

assalamualaikum

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitaM
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi
Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti
Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah . Pendakwah tersenyum
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman
Missionary : Mengapa awak caka begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom”
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambil N95 tersebut. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut . Pendakwah menggoncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai dan bersepaiiii… Merah padam muka Missionary menahan marah… Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum…
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.
Missionary : MENGAPA AWAK NI ****H SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) . Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary... Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru . Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse . Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya.

~WALLAHU A'LAM

Tuesday, December 21, 2010

Siapa Boleh, Bagitau Saya!!!!!

Assalamualaikum

Anda nak buat maksiat???
Anda boleh!!! Ya!!!
Saya yakin anda boleh buat maksiat kalau anda boleh penuhi walaupun satu daripada lima syarat dibawah...

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Haha.... 
Anda boleh ke???
Renung-renungkanlah ye.. 


Dari Abu Ayyub al-Ansori r.a, dari rasulullah s.a.w sabdanya:”Seandainya kamu sekelian tidak mepunyai dosa sedikit jua pun yang patut diampuni Allah, nescaya Allah akan mendatangkan suatu kaum yang penuh dosa untuk diberikan-Nya ampunan bagi mereka.”


Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.”


Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Wahai manusia! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadnya seratus kali setiap hari.”

Monday, December 20, 2010

Kembali Aktif ?

Assalamualaikum

Kembali aktif???
Haaa...... Itulah persoalannya. Dah terlalu lama rasanya kami tidak mengupdate blog ini. Setelah saudara Aiman Amri (fivers 2009) meninggalkan STAR nampaknya dah x de orang nak menaip kat blog ni. Minta maaflah kepada semua kerana tidak mengaktifkan diri kami di blog ini. Kalau dah lama x update mestilah ada banyak benda nak taip kan? Mana taknya, nak dekat setahun tak post apa2.. 2010 pun dah nak habis. Sekejap je kan? Sepanjang tahun ni ada banyak perubahan yang berlaku. Antaranya, nama BPI (badan pelajar islam) dah ditukar kepada BADAR (badan dakwah dan rohani), moto ditukar kepada 'aslih nafsaka wad'u ghairak' (perbaiki dirimu dan serulah yang lain) malah logo juga dah lain. Pelbagai aktiviti juga telah dijalankan seperti Khemah Ibadah untuk pelajar tingkatan 1, Piala Muhibah yang telah dimenangi oleh Rumah Biru dan program2 seperti Semarak Ramadhan. Kalau anda perasan, dah ada banyak perubahan kat blog ni.. x de la kosong je kan?

Logo baru BADAR


Khemah Ibadah

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli2 BADAR tingkatan 5 2010 kerana telah memimpin kami dan banyak memberi tunjuk ajar kepada pelapis2 BADAR. Terima kasih:
  1. Muhammad Amirul Alimin bin Razali
  2. Umar Hakim bin Mohd hasri
  3. Muhammad Fikri Akmal bin Suhaimi
  4. Ahmad Azlan bin Ahmad Amin
  5. Muhammad Hanif bin Abdul Halim
  6. Mohammad Nasruddin bin Ab Rahman
  7. Muhammad Haikal Azhar bin Mohd Aziz
  8. Muhammad Faizs bin Omar
  9. Muhammad Habibullah bin Saharom
  10. Muhammad Azri bin Kamaruddin
Oh ya...
kami juga ada di facebook, add kami dan kemudian like page kami...
Tekan saja di ruangan 'Cuba Tekan '.
Jangan lupa untuk menilai tahap ke'stail'an blog kami. Jujur tau..

Baiklah sampai situ saja nampaknya buat masa ni...

"Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: ayat 10)



Thursday, January 14, 2010

Secret Society - Freemason


Freemason - Mungkin ramai antara korang dah tahu apa itu Freemason ini amat berpengaruh di seluruh dunia.. Lodge-lodge mereka terdapat di seluruh dunia, termasuklah di negara kita yang tercinta ini.Malaysia... Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di parlimen satu ketika dulu tetapi gagal. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh Pertubuhan di bawah Freemason ialah Rotary Club dan Lion Club.. Amerika sendiri adalah negara Freemason.. George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason. Orang atasan Freemason pula mengikut arahan Dajal laknatullah. Jika mereka ingkar atau tidak mengikut arahan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dibunuh atau dujatuhkan reputasi. Contoh, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy.Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa.... program ini dlm istilah Freemason dinamakan 'HARAR' or 'SATANIM', berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi....

Program pertama.
Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan 'TAKKIM' :

Pada zaman Nabi Isa a.s orang-orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa a.s. Antara fitnah keji - ' Nabi Isa a.s. ingin menjadi Raja Yahudi' yang disampaikan kepada kerajaan rom tetapi Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Isa a.s dan menggantinya dengan seorang lelaki bernama Judas. Maka setelah Nabi Isa diangkat ke langit, Yahudi masih berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. yang sudah disebarkan dengan program 'TAKKIM' iaitu :
- Merosakkan ajaran Nabi Isa a.s. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya....
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas (konsep yang digunakan oleh penganut ajaran Kristian sekarang yang dibawa oleh Paulus- aku akan cerita lebih lanjut macam mana Paulus menyebarkan ajaran Doktrin Trinitas nanti)...
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu....
- Pope dijadikan tandingan Nabi Isa a.s.....

Pada zaman Islam :
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang2 Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin...mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum ansar dan muhajirin...
- Melaga-lagakan Ali r.a. dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah r.a. masuk campur....
- Membuat ratusan hadis2 palsu, memasukkan dongeng israeliyat, mengubah penafsiran al-Quran dan sebagainya..
- Mendangkalkan aqidah umat islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya....maka lahirlah cendikiawan2 Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya...
-Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan al-Quran dan hadis sesuai dengan pemikiran Freemasonry....
- Menghidupkan sunnah2 jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang....
- Menjadikan Islam supaya tasyabbuh, selari dengan nasrani dan agama lain...antaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya....
Program kedua.

dinamakan 'SHADA'
- bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia....
- salah satunya ialah di India ketika islam bangkit untuk kembali kepada al-quran dan hadis dan menyerukn 'jihad fisabilillah', pihak penjajah Inggeris bekerjasama dgn Freemasonry menubuhkan gerakan anti-jihad...antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dan ulama menganggotai Freemasonry....

Seorang Freemason iaitu 'Mirza Ghulam Ahmad', sapa2 yang ambil SPM mesti kenal Mirza Ghulam Ahmad ni, ada dalam silibus Pendidikan Islam tingkatan 5- Pengasas Ajaran Sesat..dia mendakwa dirinya sebagai nabi akhir zaman, Bhuda Awatara, Krishna dan sebagainya...Rabithah Alam Islami yg brsidang di Makkah 14-18 Rabiul awal, tahun 1394 Hijrah memutuskan bahawa ajran 'Ahmadiah' itu bukan islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme....

- Kes-kes 'aliran sesat islam' yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinn besar ianya berkaitan dengan program Freemason ni..

Program ketiga...
dinamakan 'PAROKIM' :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan...
- Mengembangkan Freemason tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemason....
- Mendukung teori2 bertentangan.....
- Membangkitkan bida'ah dan khufarat - menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba utuk kalah-mengalahkan satu sama lain...Program keempat...
dinamakan 'LIBARIM' :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas...
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (atheism dan freethinker)..
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah...
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal 'kedudukan waris' dan 'pakaian'...
- Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik.... AF,Malaysian Idol, OIM...
- Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke alamnya...
- Mengorganisasi kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkn perakuan menuntut hak mereka dalam hukum....

Program kelima....

dinamakan 'BABILL' -
- Memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa....
- Menjaga kemurnian bangsa Yahudi....

Program keenam...

dinamakan 'ONAN' :
- Mengekang pertumbuhan bangsa goyim (orang selain Yahudi).....
- Menggalakkan perempuan2 yahudi agar menjadi subur.....
Program ketujuh...
dinamakan 'PROTOKOL'
- dalam istilah Freemasonry...protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam suhyuniah (zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol...isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai dunia...diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara, penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi...dengan program protokol ini, bangsa yahudi dapat menjdi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik dan penerangan (medium, media) dunia....

Program kelapan...

disebut 'GORGAH' :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan...pepatah Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat... jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan....
- Menyebarkan ejen kasisah, iaitu intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempt2 maksiat..
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.....
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus....



Program kesembilan...

dinamakan 'PLOTISME' :
- Mendidik alim-ulama dalam plotis yang fahamannya terumbang-ambing....
- Alim-ulama plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah2 dan pertubuhan2 Islam...
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemason.......

Program kesepuluh...

dinamakan 'QORNUN' :
- Orang2 yang terpilih yang disyaki berbahaya kpd Freemasonry diangkat agar menjadi kaya-raya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry....
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama...memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).....
- Musuh2 Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry....
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat... bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi... kemudian pemimpin2 bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya....

Dari data2 tersebut dapat kita lihat bahwa begitu berkembangnya program2 Freemasonry dan Allah s.w.t. telah memberi peringatan dalam al-quran bahawa mereka (Freemason) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lain....

Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program tansiq iaitu penyatuan hati umat islam... dalam hal ini, ulama Islam sebagai pemegang amanah para rasul2 seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang insya-allah pasti akan menyaingi dan menghancurkn program2 Freemason ni....

p/s : Kalau anda semua perasan kebanyakan logo2 Freemason dan Illuminati ada lambang mata satu...
Mata Satu= Dajal....


Wallahualam....

Secret Society - Illuminati


lluminati ini telah ditubuhkan pada 1774 di Perancis oleh Adam Weishaupt yang merupakan seorang profesor di Universiti Ingoldstald. Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi. Manakala di dalam bahasa Arab pula Illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.Pusat pentadbirannya ialah di segitiga bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit 1 dolar US.Lambang yang ada pada duit US tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka cipta duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemasonry dari pergerakan illuminati yang bernama Pat Robertson.

Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rotschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh yahudi. Perkataan illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang beerti “Pemegang Cahaya” beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yg benar-benar berwibawa sahaja, maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota feemasonry peringkat tinggi. pengikut-pengikut ini memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan tlh membina markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama sebagai “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemasonry/ Zionisme)


Berikut merupakan matlamat illuminati secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berpelembagaan

2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka.

3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.

4. Menghapuskan semangat nasionalisme.

5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.

6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama yang sedia ada di dunia terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.

Secret Society - The Intro

Secret society tu ialah pertubuhan-pertubuhan rahsia yang telah diilhamkan oleh Dajal laknatullah untk merencanakan dan melaksanakan rancangan2 jahat dan kotor mereka - New World Order...

Terdapat banyak secret society seluruh dunia ni.. contoh secret society ini adalah

Bilderbergh Group
Knight Of Malta
Freemason
Illuminati
Priory Of Sion
Skull And Bones
Society Of Jesus/ Jesuit
dan banyak lagi..... Samada kite semua sedar ataupun tidak, dunia kita ini sebenarnye dikawal oleh mereka.... teruskan membaca... akan rungkaikan sedikit demi sedikit persoalan ini...

Permulaan kepada pengakhiran sudah bermula.....
The beginning of the end has already started...

Freemason

Illuminati
Priory Of Sion

Skull and bones

Tuesday, December 8, 2009

Ingin Berkongsi!

Salam.. Sudah terlalu lama penulis tidak meng'update' blog BPI ini..
minta maaf banyak2 kerana penulis samtlah sibuk dengan peperiksaan SPM yang baru sahaja tamat petang tadi..
Kemerdekaan yang dirasai amat bermakna dan sekarang penulis berharap adik-adik junior form 1 hingga form 4 STAR, studylah elok-elok..

Percayalah kata-kata penulis ini.. Basic tu amat penting..

Apa2 pun, baru sebentar tadi penulis melayari Facebook sendiri, dan berlegar-legar di wall kawan-kawan.. Bila terserempak dengan link daripada abang penulis sendiri, membawa kepada sebuah blog imakubex (pengasas ILuvIslam, Mohd Nurul Imran Koyube)
.. jadi.. ingin berkongsi sekali ilmu ini.. Amat bermakna..

Boleh kan??


Ini Sejarah Kita: Bahagian 2: Tidak Munasabah!

Category: , , , By imakubex
Bismillahirrahmanirrahim,

Setelah beberapa lama berfikir tentang apa yang ditulis tentang program Ini Sejarah Kita, penulis mendapati bahawa ianya adalah tidak munasabah untuk program tersebut untuk dibuat oleh orang-orang yang tidak mengetahui sejarah secara mendalam. Mereka pastinya mengetahui lebih banyak tentang sejarah daripada penulis sendiri, tetapi modul yang mereka keluarkan itu terdapat beberapa kelemahan yang pada pendapat penulis boleh diperbaiki. Komen-komen yang diberikan oleh rakan-rakan dari Majlis Syura Muslimun, terutamanya Abang Hadrami dan Adam Tan, dan juga pembaca-pembaca blog ini banyak membantu penulis dalam memperbetulkan kecelaruan yang ada berkenaan beberapa perkara. Jazakumullahu khairan kathira kepada kalian semua. Penulis masih menantikan jemputan ke program Syahadatul Haq seperti yang kita bincangkan pada hari pertemuan kita.

Terima kasih Tuhan...

:)

Apa-apa pun, ingin sekali penulis memberikan sedikit cadangan untuk penambah baikan untuk program tersebut untuk kebaikan bersama. Namun sebelum itu, ingin ditegaskan disini bahawa idea yang dipersembahkan disini bukanlah pandangan dan hasil pemikiran penulis semata-mata (pandangan peribadi penulis tentang bagaimana ianya sepatutnya dilakukan tidak praktikal dalam jangka waktu pendek yang diberikan untuk program ISK) tetapi merupakan amalgamasi beberapa idea yang (harapnya) praktikal untuk program tersebut.

Cadangan-cadangan:

1. 'Disclaimer'

Pada pandangan penulis, adalah tidak adil untuk sesiapa pun untuk melalui program sedemikian tanpa diberitahu bahawa sejarah yang dihidangkan kepada mereka bukanlah sejarah yang objektif. Pengalaman peribadi penulis, tujuan program itu dan juga graf itu juga tidak diterangkan dengan jelas kepada pada peserta. Dan kerana ianya bukan sejarah yang objektif, fakta-fakta yang diberikan dalam program tersebut acapkali tidak diterangkan dalam konteks yang sepatutnya.

Program ISK di Southampton

Penulis diberitahu bahawa ini semua tidak menjejaskan hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripada sejarah, tetapi penulis kurang bersetuju dalam hal ini. Ini kerana cara penceritaan apa-apa kisah akan mempengaruhi pengajaran apa yang diambil dan dibawa pulang oleh peserta. Contohnya, adakah kerana menurut
graf ISK tamadun di Baghdad lebih tinggi daripada tamadun Turki Uthmaniyah, tamadun di Baghdad sungguh lebih hebat daripada tamadun di Turki? Tanpa mengambil kira kesan episod-episod sejarah seperti kedatangan Christopher Colombus ke benua America yang membawa bersamanya kekayaan dalam bentuk emas yang kemudiannya membantu mengangkat Eropah keluar dari zaman Pertengahan, bagaimanakah kita boleh membuat perbandingan ini? Maka, pada pandangan penulis, haruslah ditekankan kepada peserta bahawa program itu bukanlah satu program untuk mengajar atau berkongsi ilmu tentang sejarah Islam secara objektif, tetapi mempunyai tujuan yang lain daripada itu.

2. Terlalu lokal dan sempit

Sejarah yang diceritakan dalam ISK juga terlalu lokal dan terlalu tertumpu di sekitar laut Mediterranean. Kurang diceritakan bagaimana interaksi masyarakat Islam dari Timur Tengah dengan masyarakat dunia lain mengubah landskap masyarakat dan budaya tersebut. Contohnya, tiada penceritaan tentang kesan Islam terhadap masyarakat di China, India, kepulauan Melayu dan sebagainya pada zaman pertengahan. Penceritaan sejarah ini tidak menjadi penceritaan sejarah Islam, tetapi menjadi penceritaan sejarah empayar Islam di kawasan berhampiran dengan laut Mediterranean. Sejarah, cerita mengenai manusia, itu sendiri hilang dinamisma dan kesan Islam sebagai rahmat kepada seluruh alam kurang ditekankan.

Mare Nostrum

Oleh itu, penulis mencadangakan supaya dimasukkan elemen kemanusiaan dan dikembalikan dinamisma dalam sejarah yang dipersembahkan. Ini akan membolehkan kita melihat tamadun manusia pada masa lampau dengan pandangan yang lebih luas dan membolehkan kita melihat kesinambungan dan perkaitan antara sejarah dan manusia serta membolehkan kita belajar dari sejarah. Ini juga boleh memperjelaskan beberapa perkara seperti kedatangan Zaid ibn Ziyad ke Sepanyol kerana dijemput oleh pemerintah di situ dan bukannya untuk merampas tanah dan takhta. Antara lain, ini merupakan hujah bahawasanya Islam tidak disebarkan melalui mata petang. Ini juga boleh menjelaskan mengapa terdapat umat Islam di India, dan membolehkan kita mendapat sedikit kefahaman tentang latarbelakang konflik India-Pakistan. Poin ini juga berkaitan dengan poin seterusnya kerana ISK membayangkan seolah-olah tiada kesinambungan kepada pemerintahan Islam selepas kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyah.

Penulis merasakan ini penting kerana umat Islam itu merupakan satu ummah, dan andai tidak difahami mengapa dan bagaimana perkara itu terjadi, maka kita tidak boleh memahami bagaimana untuk memperbaiki keadaan tersebut.

3. Tiada kesinambungan

Sejarah yang dipersembahkan di ISK juga membayangkan ketiadaan kesinambungan selepas kejatuhan khilafah. Sebab yang diberikan kepada penulis ialah ISK hanyalah sebagai pencetus, dan kemudiannya akan disambung dengan program-program seperti Syahadatul Haq dan sebagainya. Namun begitu, pendekatan begini, apabila dicampur dengan graf ISK, boleh memberi gambaran yang salah kepada peserta yang sedang mendengar.
Selepas khilafah? Sifar?

Kejatuhan khilafah sudah tentunya merupakan perkara yang sangat besar yang traumatik kepada umat Islam, tetapi ia tidak bermakna yang tiada penerusan usaha-usaha untuk memperjuangkan Islam di dunia ini. Graf itu tidak dapat menangkap gerakan-gerakan sebegini, terutamanya dalam konteks dunia 'moden' yang baru muncul pada zaman kejatuhan khilafah. Malah, graf itu turun kepada sifar dan ini, pada pendapat penulis, tidak tepat.

Oleh itu, cadangan penulis ialah seharusnya diceritakan sedikit mengenai gerakan-gerakan revivalisme selain gerakan-gerakan subversif yang dilakukan oleh nasionalis yang berlaku pada masa itu. Ini akan memberi peserta idea tentang apa yang terjadi kepada umat Islam selepas itu dan apa usaha-usaha awal yang dilakukan untuk mengembalikan khilafah. Ini juga sebahagian daripada sejarah 'kita', dan penulis agak pelik kerana ianya tidak dimasukkan sekali.

4. Paksi-Y yang tidak jelas

Paksi Y yang digunakan dalam graf ISK itu juga kurang jelas. Perkara ini telah dibangkitkan oleh ramai orang tetapi definisi paksi Y itu sangat penting untuk memperjelaskan apa yang dimaksudkan dengan garisan 'tamadun'. Dalam keadaan kesamaran definisi, interpretasi graf itu boleh dibuat untuk menyesuaikan graf dengan apa sahaja keadaan, dan untuk apa-apa tujuan sahaja. Ia juga kurang jujur dengan keadaan sejarah, pada penulis.

Sejarah bukanlah hitam putih; hal ini diketahui oleh semua orang. Tetapi interpretasi-interpretasi sejarah bukanlah relatif dan sama taraf. Maka, dengan memberikan graf garisan yang hanya mempunyai satu garisan dengan paksi Y yang kurang jelas, ada bahaya yang interpretasi yang kurang tepat diguna pakai. Ketepatan interpretasi selalunya dihakimi dengan bukti yang wujud pada ketika itu. Oleh itu, interpretasi yang digunakan perlulah setepat yang mungkin dan bukannya untuk menyesuaikan interpretasi dengan mana-mana graf.

Definisi paksi Y haruslah jelas

Ini ialah masalah terbesar dengan graf ISK, kerana ia boleh disesuaikan dengan apa-apa sahaja. Ini boleh difahami dari 2 sudut. Pertamanya, kerana adanya modul ISK yang sedemikian, penceramah terpaksa mempersembahkan perkara-perkara yang hanya bersesuaian dengan graf tersebut. Ini tidak dapat tidak memusnahkan objektiviti dalam mempelakari sejarah. Keduanya, dengan ketiadaan paksi Y yang jelas, ia membolehkan pembentang untuk menukar makna garisan yang seharusnya melambangkan tamadun dari satu kerajaan kepada kerajaan yang lain, kerana definisi garisan itu sendiri tidak jelas.

Maka, pada pendapat penulis, jika tidak dijelaskan paksi-Y dalam graf itu, seharusnya diberi 'disclaimer' yang sangat jelas pada permulaan, pengakhiran, dan tiap-tiap kali graf itu dilukis. Namun begitu, pada pendapat penulis, impak yang paling besar daripada graf itu ialah ia dapat memberi gambaran secara visual tentang kebangkitan dan kejatuhan Islam. Masalah dengan graf ini ialah ia memberi gambaran terlalu simplistik terhadap sejarah. Namun, tidak dinafikan bahawa graf itu mempunyai kesan terhadap hati. Tetapi seharusnya kita berhati-hati dengan apa yang kita lakukan dan cuba memperbaiki apa yang kita ada.

5. Diluar konteks sejarah

Kadang kala terdapat beberapa perkara yang dipersembahkan tanpa dipersembahkan dahulu konteks yang perkara itu terjadi. Contoh yang penulis rasakan amat sesuai ialah dinamika empayar Rom Timur, Parsi, dan empayar Islam di Timur Tengah. Seperti yang penulis telah katakan sebelum ini;
"ia seolah-olah membayangkan bahawa Islam muncul didalam vakum, di mana Empayar Rom dan Parsi kedua-duanya telah jatuh dari kegemilangan masing-masing. Realitinya, Empayar Rom Timur melalui fasa-fasa kejatuhan dan pemulihan kuasa sehinggalah tentera Perang Salib ke-4 menguasai kota Constantinople dan kemudiaannya merompak empayar Rom Timur. Semua ini dipengaruhi oleh keadaan politik yang sangat kompleks di Constantinople yang melibatkan jeneral-jeneral tentera, golongan bangsawan, wanita-wanita berpengaruh hatta pelumba-pelumba di Hydrophone sendiri. Interaksi antara kedua tamadun ini langsung tidak diceritakan, dan seolah-olah tidak signifikan kepada sejarah Islam yang mereka bawa. "
Oleh itu, pada pandangan penulis, dengan wujudnya graf yang sedemikan, konteks dimana sejarah ini berlaku hendaklah diterangkan supaya penerima memahami latar belakang sejarah secara lebih lengkap. Namun begitu, perkara ini sangat sukar untuk dibuat dalam sesi yang singkat. Oleh itu, penulis mencadangkan supaya episod-episod sejarah yang terpilih sahaja yang di'highlight' supaya penceritaan itu menjadi lebih fokus dan boleh diterangkan secara panjang lebar. Ini bukan sahaja akan memberi lebih fleksibiliti kepada penceramah, ia juga boleh memberi gambaran kepada peserta yang sejarah itu ialah sejarah manusia dan bukan mekanikal. Kemanusiaan dalam sejarah itu boleh dikembalikan dengan cara ini, pada pendapat penulis.

Penulis merasakan bahawa apa yang penting dalam Ini Sejarah Kita ialah mengembalikan kemanusiaan dalam sejarah, dan perkara ini sangat mudah boleh dibuat. Dan pada pendapat penulis, material dalam laman web Ini Sejarah Kita harus digunakan semaksimum mungkin. Perlu juga ada, pada pandangan penulis, sedikit analisis objektif tentang kebangkitan dan kejatuhan tamadun itu sendiri. Analisis ini penting untuk kita belajar dan mengambil iktibar dari sejarah. Kehebatan tamadun Islam itu tidak dapat dinafikan, tetapi terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kejatuhan satu-satu kerajaan juga perlu dilihat. Kerana sejarah kita ini ialah sejarah manusia. Dan sebagai manusia, kita juga boleh melakukan kesilapan-kesilapan yang sama seperti mereka.

...Pembaharuan...

Akhir kata, penulis ingin meminta maaf andai apa yang penulis bentangkan dalam blog ini menyakiti hati sesiapa. Bukanlah niat penulis untuk menyakitkan hati sesiapa, dan sebagai manusia, penulis juga melakukan kesilapan. Andai terdapat apa-apa bantahan terhadap apa yang dituliskan disini, bolehlah tuliskan komen dan insyaALLAH akan dibalas. Sekali lagi, penulis meminta maaf atas semua salah dan silap dalam penulisan ini.

Wallahua'lam

9 comments so far.

  1. Fasihah 04 February 2009 08:19
    Allahua'lam.

    Sebelum menerangkan pjg lebar ttg ISK, mmg perlu diutarakan, hanya kulit sejarah yg diambil utk mengelakkan kesalah fahaman bg mereka yg mmg berminat atau rajin atau pencinta dalam mengkaji sejarah.

    Spt ISK yg pernah di attend di Bandung, bro Brunei yg bg, byk tmbhn jg sbnrnya, ttg perutusan surat antara sultan Brunei dgn Sepanyol (if ana tak silap, Allahua'lam)yg disembunyikan oleh fakta.

    Kalau boleh, dgn kelebihan msg2 yg ada, ana cdgkan saudara perbaiki graf di atas, atau buku ISK sendiri yg skrg mudah di dapat, memandangkan saudara lebih arif dalam sejarah, bermanfaat utk semua. In sha Allah satu pembaharuan yg akan diambil positif utk kepentingan deen, bukannya individu.
  2. imakubex 04 February 2009 10:54
    Bismillahirrahmanirrahim,

    Tidak dinafikan bahawa ada unsur manusia disitu. Tetapi graf itu sendiri memang bermasalah. Dan pada pendapat sy, tidak munasabah utk katakan bahawa sy lebih arif dalam sejarah, apalagi dibandingkan dengan ustaz-ustaz penceramah.

    Cara melihat sejarah juga penting disini, kerana cara sy melihat sejarah sedikit berbeza dengan, contohnya, cara Scholastics melihat sejarah. Itu mungkin menyumbang kepada kritikan ini.

    Wallahua'lam
  3. imakubis 13 February 2009 00:25
    Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW: “Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
  4. acabeire 15 February 2009 00:30
    saya antara yang merasakan kesedihan dengan pelbagainya gerakan Islam sewaktu di UK Ireland. banyak yang sebenarnya yang kerugian, apabila seseorang ahli tidak dapat menumpukan tenaga dan idea dengan ahli gerakan yang lain hanya sebab berlainan jemaah. ideologi kita dekat sekali. dan juga bila berpecahnya gerakan Islam, selalunya akan kehabisan tenaga baru untuk menjadi pimpinan mahasiswa di dalam universiti dan persatuan Islam. tak kurang hebatnya kerosakan ini, apabila ada yang terpaksa mengulang tahun, dek bebanan kerja di dalam persatuan dan gerakan Islam.

    rupa2nya masalah kita berpecah ialah kekeliruan ilmu. belum masanya untuk kita serukan penyatuan gerakan Islam, sebelum kita selesaikan hal-hal berkenaan ilmu dan konsep pegangan dan worldview.
    hal-hal yang asas seperti kemampuan berfikir dan berdikari harus diselesaikan sebelum kita bicara isu penyatuan gerakan Islam. teruskan usaha Imran, dan saya akan teruskan usaha di Malaysia juga
  5. Nurul Nasir 24 February 2009 16:32
    assalammualaikum

    nah..ini dia jawapa yg dinanti-nanti,thanks penulis

    p/s: tak perlu baca buku karen amstrong deh? >_x
  6. budakeire 23 March 2009 14:59
    assalamualaikum,

    masalah kesatuan gerakan islam..jgn dipandang berpecahnyer kesatuan itu kerana berbeza jalan kerja, tetapi pandanglah ia sebagai kesatuan dalam bentuk matlamat dan hala tuju..kesemuanya mahukan redha Allah..kesemuanya mahukan daulah islam..cume berbeza sedikit dari segi gerak kerja..dan perbezaan ini tidaklah seharusnya menjadi perkara besar sehingga blh memecahbelahkan ummah...saya lebih memandang issue perpecahan ummah ini samada di uk eire mahupun di malaysia lebih kepada masalah peribadi...masalah yg timbul kerana wujudnya manusia2 yang kurang memahami adab dan tggjwb terhadap muslim dan mukmin yang lain walaupun berlainan gerak kerja...yg kurang memahami bahawasanya kesatuan kita adalah kerana kesamaan aqidah...manjadi anggota sesuatu pertubuhan tidak menjamin pass percuma bagi kita masuk ke syurga..sebaliknya, amalan kita yang akan dihisab kelak di akhirat..jadi seharusnya, berhati2lah dgn amalan seharian kita, amalan persaudaraan kita....

    tentang ramainya ahli2 gerakan islam yang terpaksa mengulang tahun pelajaran...pd pendapat saya, agak kurang sesuai utk menyalahkan gerakan islam di atas apa yang berlaku...again, ia lebih bersifat peribadi rather than nak menyalahkan gerakan islam di atas apa yang berlaku...kalau diikutkan lebih ramai yang berjaya dlm bidang akademik kerana menyertai kerja2 daawah berbanding mereka yang agak kurang bernasib baik..tetapi kenapa sering kali kita lebih memandang golongan yg kurang bernasib baik itu drpd yang berjaya?...sudah lumrah manusia memang mudah meletakkan sesuatu persepsi tanpa menyiasat atau menilai dengan sedalam2nya sebelum membuat kesimpulan....

    allahu a'alam....
  7. khuledth 27 April 2009 15:39
    Jzkk kepada akhi yg menulis. Satu penekunan ilmu yang harus dipuji. Sebagai orang yang pernah menerima dan menyampaikan ISK ana tidak nafikan akan kekurangan yang ada. Tapi alhamdulillah, ISK saban tahun makin bertambah-baik. Semoga ia bertambah-baik dengan komen-komen daripada penulis seperti anda.

    Tidak dinafikan ISK terpaksa meletak titik fokus kepada hanya sebahagian kecil wajah sejarah yang ada. ISK dihasilkan selepas mengkaji beberapa masalah umum umat Islam dan mencari jalan ke arah pembaikan. Tidaklah disini bermaksud ISK boleh memberikan ubat yang boleh memulihkan semua masalah. ISK adalah alat pembuka bicara dan minda. Pintu kepada daya fikir dan daya gerak. Alhamdulillah ISK dapat mencetuskan kritikan-kritikan bernas daripada anda. Diharapkan banyak lagi idea-idea bernas dapat diketengahkan dalam usaha membina keupayaan dan bukannya membunuh keupayaan dan keinginan.

    Ultimately, sejarah adalah tafsiran manusia. Sejarah akan sentiasa melalui dekad penambah-baikan bukan kerana dahulunya ia dipesongkan...tetapi pengalaman dan pengayaan perspektif manusia melahirkan tafsiran dan gambaran-gambaran yang lebih segar dan lebih luas pandangannya. Semoga kita terus mendapat manfaat daripada usaha-usaha sebegini.

    Sekian.
  8. khuledth 27 April 2009 15:40
    Jzkk kepada akhi yg menulis. Satu penekunan ilmu yang harus dipuji. Sebagai orang yang pernah menerima dan menyampaikan ISK ana tidak nafikan akan kekurangan yang ada. Tapi alhamdulillah, ISK saban tahun makin bertambah-baik. Semoga ia bertambah-baik dengan komen-komen daripada penulis seperti anda.

    Tidak dinafikan ISK terpaksa meletak titik fokus kepada hanya sebahagian kecil wajah sejarah yang ada. ISK dihasilkan selepas mengkaji beberapa masalah umum umat Islam dan mencari jalan ke arah pembaikan. Tidaklah disini bermaksud ISK boleh memberikan ubat yang boleh memulihkan semua masalah. ISK adalah alat pembuka bicara dan minda. Pintu kepada daya fikir dan daya gerak. Alhamdulillah ISK dapat mencetuskan kritikan-kritikan bernas daripada anda. Diharapkan banyak lagi idea-idea bernas dapat diketengahkan dalam usaha membina keupayaan dan bukannya membunuh keupayaan dan keinginan.

    Ultimately, sejarah adalah tafsiran manusia. Sejarah akan sentiasa melalui dekad penambah-baikan bukan kerana dahulunya ia dipesongkan...tetapi pengalaman dan pengayaan perspektif manusia melahirkan tafsiran dan gambaran-gambaran yang lebih segar dan lebih luas pandangannya. Semoga kita terus mendapat manfaat daripada usaha-usaha sebegini.

    Sekian.
  9. Anonymous 02 December 2009 08:42
    imakubis, are you indirectly say Imakubex 'sombong'?

    Kesian Imranku.
    Anyway, good job Im. Keep up your good writing.



Sumber : imakubex.blogspot.com

Saturday, September 12, 2009

Perlawanan Hidup Dalam Ramadan

Assalamualaikum para penonton sekalian,
Tepat jam 12 malam 16 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.
Untuk makluman saudara sekalian,
Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)
Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.
Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.
Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.
Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.
Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.
Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.
Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawanan akhir ini...

Saturday, September 5, 2009

Ramadan Sia-Sia Tanpa Fokus!

Sepertimana yang telah kita ketahui, bulan Ramadhan ada kelebihannya yang tersendiri yang tidak dapat di dalam bulan-bulan lain disamping tuntutan melaksanakan ibadah berpuasa yang menjadi trademark bulan Ramadhan. Kelebihan yang ada merupakan salah satu daripada banyak-banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita diantaranya, Allah menjadikan setiap bulan-bulan Islam itu ada kelebihan dan ceritanya yang tersendiri. Bagi bulan Ramadhan, ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala berganda. Ianya juga menjadi titik tolak kepada keberjayaan seseorang dalam mencapai pangkat 'muttaqin' sebagaimana yang disebutkan di dalam firman Allah s.w.t :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah Al-Baqarah, ayat ke-183).
Ya ! Taqwa menjadi kayu ukur kepada pencapaian seseorang itu sebagai hamba Allah. Tanpa taqwa , hidup seribu tahun pun ia tetap tidak berguna. Maka apakah kunci taqwa? Salah satu jawapan yang boleh saya kongsi ialah 'fokus'.
Sebenarnya setiap ibadah yang dilakukan samaada di dalam bulan Ramadhan mahupun diluar bulan Ramadhan perlu kepada fokus. Ibaratnya seperti pertandingan menembak. Mata yang memerhati objek itu tidak boleh hilang fokusnya. Sekiranya si penembak gagal mengawal matanya serta anggotanya supaya sentiasa di dalam keadaan fokus, maka objek yang ditembak pasti tidak mengena. Maknanya di sini, fokus boleh diterjemahkan dengan beberapa maksud. Diantaranya ialah khusyu' dan kata kuncinya ialah sebagaimana sabda Nabi s.a.w:

"Engkau beribadah seolah-olah engkau melihat Allah, maka sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, sesungguhnya Allah melihat kamu."
Di awal surah Al-Mukminun, ada menyatakan bahawa fokus itu merupakan salah satu kunci yang membawa kepada kejayaan.

"Berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' di dalam solatnya."
Jika kita lihat, semasa bulan Ramadhan, antara ibadah-ibadah utama yang dituntut untuk dilaksanakan ialah berterawih, membaca Al-Quran dan bersedekah. Maka, yang dikatakan pahala amalan akan digandakan ketika bulan Ramadhan adalah bergantung kepada kualiti dan kuantitinya. Kalau terawih kuantiti rakaatnya banyak akan tetapi fokusnya sedikit , maka ganjarannya berdasarkan apa yang dilaksanakan. Apatah lagi, kalau tiada fokus lansung, maka ibadah tersebut menjadi sia-sia. Saya kadang-kadang terfikir, apakah matlamat kita sebenarnya? Kalau kita kata, kita inginkan keampunan, maka keampunan itu tidak akan diperolehi tanpa fokus.
Contohnya, fokus kita hilang ketika berpuasa atau ketika menunaikan solat terawih. Kita mengisi waktu puasa kita dengan perkara sia-sia bahkan lebih teruk lagi kita tuliskan di buku catatan amalan puasa kita dengan perkara-perkara dosa. Sedangkan, jika keampunan adalah matlamat kita, maka fokuslah kearahnya. Manakala solat yang tidak khusyuk itu sebenarnya tidak lebih hanya menyakitkan pinggang kita dan melenguhkan sendi-sendi kaki yang menahan bebanan berat badan. Maka solat kita musnah tanpa sebarang kesan akibat tiada fokus atau kekhusyukan.
Mungkin ada diantara kita, pernah melalui situasi ini, maka beristighfarlah. Saya yakin, syaitan pasti menyukainya. Diantara janji syaitan ialah mereka ingin melihat manusia berada di dalam keadaan faqir. Iaitu faqir pahala manakala sebaliknya mereka berjanji untuk menjadikan kita orang yang kaya dengan dosa. Bulan Ramadhan adalah bulan jihad. Orang kata syaitan tidak ada, tapi kita tahu nafsu masih ada dan takkan melepaskan kita kecuali maut telah tiba. Dan disitulah peranan jihad.

Ramadan Kini Melangkah Ke Perkarangan..

Syukur Alhamdulillah, dapat lagi kita bertemu..
Ana yang semenjak kebelakangan ini sangat sibuk, dan betul-betul memohon sejuta kemaafan apatah lagi ada bulan yang mulia ini..
Jika bulan Rejab dan Syabaan ialah bulan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. respectively, maka Bulan ramadan ini dikatakan sebagai bulan Umat Muhammad..

Marilah kita bersama-sama mentop upkan iman kita, mengupgrade ibadah kita dan renovate hati kita, agar sama2sama mendapat barakah pada bulan ini.. Insya Allah.. Semoga kita diampuni oleh Allah..


Ramadhan penghapus dosa sebelumnya
Daripada iSa'id Al-Khudri bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda : "Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan dia mengetahui batasan-batasannya dan dia memelihara apa-apa yang sepatutnya dia pelihara, nescaya puasanya itu menghapuskan dosa-dosanya sebelumnya."
( H.R. Ahmad dan Al-Baihaqi dengan sanad yang baik )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...