Saturday, June 20, 2009

Peringatan Daripada Seorang Naib Presiden!

19 Jun 2009

Badan Pelajar Islam mesyuarat lagi..

Untuk kali ini, saudara Basri ingin berjumpa dengan semua Badan Pelajar Islam Tingkatan 3 dan 4. Beliau menunggu kedatangan mereka di hadapan bilik syukbah untuk jangka masa yang agak lama kerana pelajar tingkatan 3 ada perjumpaan dengan ketua Batch mereka, yang juga seorang BPI.. Tingkatan 4 pula ada perjumpaan pengawas mengenai Old Boy Weekend, di mana majoriti BPI Tingkatan 4 ialah pengawas.

Namun begitu, saudara Basri sabar menunggu sehinggalah akhirnya semua ahli telah berkumpul di dalam bilik syukbah. Perjumpaan dimulakan dengan Al-Fatihah dan beliau memperingatkan mengenai kertas kerja bulan Islam (seperti yang dinyatakan dalam post sebelum ini). Kemudian, beliau menambah mengenai Sudut bacaan di bahagian Blue Carpet perlulah sentiasa dijaga dan dipantau. Selain itu juga, beliau menegur mengenai Papan Kenyataan di saf Tingkatan 1 dan di blok Akademik perlulah sentiasa dikemaskinikan. Di surau, itu menjadi tanggungjawab bersama tetapi di blok Akademik, BPI tingkatan 4 mengaku bahawa itu merupakan amanah mereka. Namun begitu, BPI tingkatan 3 dengan hati yang murni membalas "Biiarlah itu menjadi tugas kita bersama". Kemudian, naib Presiden itu menambah lagi mengenai Risalah An Nur yang perlu diubah sedikit dari segi wajah dan grafiknya. Isi-isinya bagus. Lagi, mengenai aktiviti BPI yang paling awal dilakukan setiap hari, yang kini sudah hampir dilupakan, iaitu Kejut Subuh. Beliau juga menegaskan kepada BPI tingkatan 3 mengenai Duty Surau, tingkatan 1. Perlulah lebih efisien dan bertanggungjawab. Mesyuarat ini juga disaksikan oleh saudara Aiman, Ketua Wassail yang sibuk mengambil gambar dan juga saudara Firzan, Presiden yang hanya tersenyum dan mengangguk-angguk sahaja.
Setelah tamat, semua bersurai meneruskan aktiviti masing-masing..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...