Monday, February 20, 2012

KENANGAN 2011 : SIRI AKHIR

Salam buat semua. HOK SENGOTI nak berkongsi sedikit kejayaan rumah Imanshah dalam Majlis Anugerah Kokurikulum di Sekolah Bintang tempoh hari. Alhamdulillah, sepanjang tahun 2011, Rumah Merah (Imanshah merupakan penolong ketua guru rumah) telah berusaha keras bagi memastikan kejayaan bakal diraih nanti. Sememngnya di Sekolah Bintang, semangat rumah sangat menebal dalam kalangan pelajar dan guru. Apakan tidak kerana semua pelajar diasingkan mengikut rumah masing-masing. Terdapat enam bangunan asrama yang didiami oleh enam rumah yang berbeza.

Sesuatu yang unik di Sekolah Bintang, nam rumah adalah mengikut warna. Ada enam rumah di sini iaitu Merah, Kuning, Hijau, Putih, Hitam dan Biru. Dan untuk pertandingan antara rumah tahun ini tiga piala dipertandingkan iaitu Piala Pengetua, Piala Presiden dan Piala Agong.

Untuk Piala Pengetua, pemarkahan adalah berdasarkan pertandingan sukan dan koko akademik antara rumah seperti bola sepak, bola tampar, ragbi, hoki, bahas, debat, pidato, sepak takraw, kriket, ping pong dan banyak lagi. Manakala piala Presiden pula merupakan pertandingan yang melibatkan sahsiah, kebersihan dan keceriaan asrama, akademik pelajar serta kepimpinan. Manakala dalam pertandingan Piala Agong, markah bagi ke dua-dua piala akan dicampur untuk mendapatkan piala Agong.

Dan sesuatu yang menarik, Rumah Merah telah mensasarkan untuk mendapatkan ke tiga-tiga piala pada tahun ini. Pelbagai strategi telah diatur dan dibuat untuk memastikan ketiga-tiga piala dapat diraih. Dan Alhamdulillah, pada tahun 2011, visi dan misi Rumah Merah telahpun berjaya. Dan sesuatu yang sangat mengembirakan apabila kami telah membolot ke tiga-tiga piala yang telah dipertandingkan.


Kelihatan 'house captain' sedang menerima piala dari tetamu kehormat.

Inilah tiga piala yang telah dimenangi dalam Majlis Anugerah kokurikulum. Hidup Red Rouser !
barisan form 4 serta form 5
Para senior (Tingkatan lima dan empat) yang benyak menggerakkan aktiviti rumah merah. Kudos untuk House Capt, Ameen Ngarox yang telah mengetuai rumah merah dengan jayanya.

Sebenarnya pada tahun ini merupakan kali ke tiga berturut-turut Piala Agong menjadi milik Rumah Merah. Semoga barisan AJK baru tahun 2012, mampu mengekalkan kejuaraan yang diraih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...