Sunday, February 19, 2012

KENANGAN 2011 : SIRI 1

Malam tadi, berkesempatan seperti malam-malam sebelumnya mengunjungi Rumah Merah untuk melihat persiapan terakhir untuk sukan tahunan. Meriah sungguh, ada yang berkawad, ada yang melatih pasukan sorak, ada yang berkhemah dan ada yang menyiapkan pakaian untuk berkawad. Semuanya ada peranan masing-masing. Di sinilah mereka membina bakat kepimpinan mereka. Sebagai guru, kami hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja, semuanya diuruskan oleh para pelajar. Dari hal pemilihan atlit, sehinggalah kepada rekabentuk rumah sukan.

persiapan khemah
Selalunya, malam sebelum hari sukan memang meriah. Para pelajar akan sanggup bersengkang mata untuk memasang khemah masing-masing. Inilah harinya semua pelajar dan guru terlibat dalam satu program sekolah. InsyaAllah nanti Imanshah akan buat satu entri khas mengenai khemah rumah sukan tahun ini. Kalau nak tengok , jangan ketinggalan ya. Malam tadi juga Imanshah perasan hujan lebat dua kali pada jam 2 dan 3 pagi. Tak tahulah macam mana, sempat atau tak mereka emmasang khemah. Kesian budak-budak ni.
100 keping roti canai
Sambil bergotong royong, sambil menjamu roti canai. Beginilah tiap kali sukan. Pasti ada guru-guru yang bermurah hati untuk menghulurkan makanan buat para pelajar. Sekejap je habis roti canai seratus biji. Terima kasih Puan Asiah, belanja anak-anak. Oklah kawan-kawan, Imanshah nak ke sekolah dah, teruja juga sebab Imanshah sebagai Penolong Ketua Rumah Merah, mestilah nak tengok rumah kami juara. Doakan ya!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...